Pelakon
Julia Ziegler bersedia menerima kritikan orang ramai gara-gara keterbukaannya
berkongsi gambar-gambar seksi dengan berbikini dalam percutian di Pulau Redang,
Terengganu.
Julia atau nama sebenarnya Julia Bob
Fauzi Ziegler, 31, berkata, dia enggan terlalu menjaga hati masyarakat dan
memikirkan kritikan pengguna laman sosial yang hanya tahu mencari kesalahan
artis.
"Saya tidak kisahlah apa orang nak
cakap, yang penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan, sampai bila kita
nak fikir apa orang cakap tentang kita.
"Saya hanya ingin kongsi apa yang
menarik di pulau ini dan aktiviti yang saya lakukan bersama kawan-kawan. Ini
masa untuk bergembira selepas penat bekerja dan berhadapan dengan tekanan di
Kuala Lumpur," ujarnya kepada mStar Online.
Julia bersama temannya beraksi di
tepian pantai.
Julia
diminta mengulas tentang gambar-gambarnya berbikini yang dimuat naik di laman
Instagram miliknya ketika bercuti di Pulau Redang, Terengganu sejak Rabu
lalu.
Dalam pada itu, Julia menyifatkan memakai bikini
ketika berada di pulau bukan sesuatu yang pelik dan sewajarnya tidak perlu
dipertikaikan segelintir pihak.
Katanya, ia merupakan pakaian yang biasa dipakai oleh
golongan wanita ketika bercuti di pulau dan ia juga tidak menyentuh sensitifiti
masyarakat yang tinggal di kawasan itu.
"Bagi saya tiada yang pelik pun pakai bikini,
orang-orang di kawasan ini ramai yang ambil gambar dengan saya dan tidak kisah
pun pemakaian saya itu.
"Saya rasa ramai sahaja perempuan yang pakai seperti
itu ketika di pulau, cuma mereka bukan artis dan tidak mendapat perhatian
sahaja," ujarnya.
Antara gambar yang dikongsi Julia
Ziegler.
Sementara itu, Julia
berkata, percutian selama seminggu di Pulau Redang itu merupakan perkara yang
dilakukan hampir setiap tahun setelah penat bekerja.
Ia juga merupakan satu-satunya masa untuk dia
bergembira bersama kawan-kawan sambil melakukan aktiviti sukan
air.
"Percutian kali
ini panjang sedikit daripada 28 September hingga 4 Oktober baru saya balik Kuala
Lumpur, ramai kawan-kawan saya dari Kuala Lumpur baru sampai
sini.
"Setiap tahun
saya akan datang ke Pulau Redang untuk menyelam bersama kawan-kawan lain.
Biasanya kalau ada tawaran drama pun saya akan tangguhkan dahulu sehingga
selepas balik dari berucuti," ujarnya. -Mstar
0 Response to "3 Gambar : Gara-gara foto di tepi laut ini Julia Ziegler sedia dikritik"
Catat Ulasan