Akibat terlalu percayakan rakan kongsi di awal penglibatannya dalam dunia perniagaan, Fizo Omar pernah ditipu dan dia akhirnya berhutang sebanyak RM8 juta namun itu bukanlah pengakhiran kepada kehidupannya.
“Saya ‘terduduk’ mendengar berita itu. Ibu saya 
menangis tidak henti manakala saya hampir pitam memikirkan di mana mahu cari 
duit sebanyak itu untuk membayar hutang kepada pihak bank. Lebih membebankan 
perasaan, bukan saya yang berhutang, tetapi mereka menipu tandatangan 
saya”
“Semuanya berlaku kerana saya tidak tahu 
selok-belok perniagaan dan terlalu percayakan rakan kongsi. Perkhabaran itu 
seperti halilintar membelah bumi hingga saya jadi hilang punca,” jelasnya 
kepada Harian Metro.
Menghadiri program motivasi dan sentiasa berpegang 
kepada konsep sentiasa memberi, Fizo sangat bersyukur kerana perkara tersebut 
kini mengajar dirinya untuk keluar daripada keadaan selesa selain tidak sanggup 
melihat ibunya hidup susah.

0 Response to "FIZO OMAR BERHUTANG RM8 JUTA"
Catat Ulasan