BANGKOK 
– Penduduk di sebuah kampung terpencil di wilayah Sisaket dekat sini gempar 
selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala seperti 
buaya.
Lebih 
mengejutkan lagi, haiwan itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi 
mempunyai badan dan kaki kerbau.
Haiwan 
ganjil itu dilahirkan kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di 
daerah Wanghin baru-baru ini.
Don 
berkata, dia terkejut apabila mendapati kerbau miliknya melahirkan anak yang 
mempunyai sisik dan kepala seperti buaya.
“Saya 
terkejut kerana tidak pernah melihat anak kerbau seperti ini.
“Kerbau 
saya sebelum ini melahirkan anak yang normal dan ini adalah kali pertama haiwan 
itu melahirkan anak yang ganjil,” katanya.
Menurutnya, 
anak kerbau itu mati tidak lama selepas dilahirkan dan dia membawa bangkai 
haiwan itu ke rumahnya.
“Penduduk 
kampung terkejut melihat anak kerbau ini dan datang ke rumah saya kerana yakin 
haiwan ini membawa tuah,” jelasnya.
Anak 
kerbau itu menjadi viral di Internet selepas beberapa penduduk memuat naik 
gambar haiwan berkenaan di Internet.
“Ramai 
penduduk dari wilayah lain datang ke rumah saya semata-mata untuk melihat anak 
kerbau ini.
“Ada 
yang yakin anak kerbau ini membawa tuah serta membuat upacara untuk meminta 
nombor loteri,” katanya. – Agensi

0 Response to "Gempar Temui Anak Kerbau, Berkepala Buaya"
Catat Ulasan