Upload Gambar Bertatu: “Itu
adalah diri saya. Inilah kehidupan saya” – Ammar
Alfian
Pelakon Ammar
Alfian, 28, menafikan dia sengaja mencari publisiti murahan dengan
memuat naik gambarnya dengan tatu di badan di laman Instagram miliknya,
semalam.
Ammar berkata, perkara itu tidak
sepatutnya diperbesarkan hanya kerana dia tidak berbaju kerana sebelum ini ada
saja selebriti yang menayangkan badan mereka.
Katanya, disebabkan dia tidak disukai
segelintir pihak, maka ia sengaja diperbesarkan.
“Tatu di dada dan bahu saya itu dibuat
selepas putus cinta dengan seorang pelakon kira-kira dua tahun
lalu.
“Niat saya memuat naik gambar dalam
keadaan begitu kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan
saya.
“Saya tidak perlu menjadi orang lain
demi menjaga hati orang lain. Saya mahu biarlah orang ramai lebih memandang
bakat lakonan saya dan bukan kisah-kisah peribadi saya seperti ini,” katanya
kepada Harian Metro, hari ini.
Dalam pada itu, Ammar turut menyatakan
hasratnya untuk membuang tatu terbabit tetapi belum
berkesempatan.
“Saya memang nak buang tatu ini. Saya
sudah pergi ke beberapa klinik dan mereka menyatakan akan ada kesan parut jika
saya membuangnya.
“Mereka turut menyarankan saya
melakukannya di Amerika Syarikat kerana di sana kaedahnya lebih bagus tanpa
sebarang kesan parut. Jika ada rezeki memang saya mahu ke sana untuk membuang
tatu ini,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai video
dia mengucup bibir seorang wanita dipercayai kekasihnya di Instagram ketika
bercuti di sebuah pulau, baru-baru ini, Amar berkata, perkara itu dilakukan
tanpa dia berfikir mengenai kesannya.
“Saya memang tidak sengaja memuat naik
video itu dan wanita itu juga bukan kekasih saya.
“Apabila ada rakan menegur mengenai
video itu saya terus memadamnya. Saya mengaku saya silap dan saya mohon maaf.
Sebagai manusia biasa saya tidak terlepas daripada melakukan
kesilapan,”katanya.
Video berdurasi 15 saat itu
memaparkan Ammar
Alfian dalam keadaan tidak berbaju mengucup bibir seorang wanita
dipercayai kekasihnya.
Difahamkan, Ammar memuat naik video itu
di Instagram semalam sebelum bertindak memadamnya beberapa jam
kemudian.
Sumber
: Metro
0 Response to "GAMBAR BERTATU: “ITU ADALAH DIRI SAYA. INILAH KEHIDUPAN SAYA” – AMMAR ALFIAN"
Catat Ulasan