HONG KONG – Seorang wanita di sini
melalui pengalaman menjijikkan apabila tergigit tiga gigi palsu ketika menikmati
sushi sewaktu makan malam.
Anak perempuannya dilaporkan membawa
pulang sushi itu untuknya yang dibeli di sebuah restoran di kawasan Tsz Wan
Shan.
Namun, wanita itu terkejut apabila
tergigit sesuatu yang keras dalam hidangan ikan salmon yang dikunyahnya. Apabila
diludahkan, dia melihat tiga gigi palsu di dalam makanan itu.
Anaknya mengambil gambar gigi palsu itu
dan mengadu kejadian itu kepada Sushi Express.
Bagaimanapun, pengurusnya berkata
pekerjanya tidak menggunakan gigi palsu selain diwajibkan memakai topeng ketika
menyiapkan makanan.
Restoran Sushi Express itu kini
disiasat Jabatan Kebersihan Makanan dan Alam Sekitar.
Syarikat itu berjanji menyiasat
kejadian itu termasuk memastikan asal usul gigi berkenaan. – Agensi
0 Response to "Nyaris Tertelan Tiga Gigi Palsu Ketika Makan Sushi"
Catat Ulasan