PATTAYA 
- Gambar seorang ibu melutut di depan anak gadisnya tersebar di laman sosial dan 
mencetuskan kemarahan netizen. Mana tidaknya, apakah wajar seorang ibu yang 
melahirkannya berbuat demikian semata-mata untuk tunduk padanya?
Wanita 
ini merupa seorang Orang Kurang Upaya (OKU). Namun, demi meredakan kemarahan 
anaknya, dia sanggup berbuat apa saja.
Difahamkan 
gadis berusia 15 tahun itu meminta ibunya membelikan iPhone. Namun, wanita itu 
tidak mempunyai wang dan tidak dapat menunaikan permintaan anaknya itu. 
Gambar 
tersebut dirakam oleh pekerja Oppo dan dikatakan insiden itu berlaku di Harbor 
Mall, Pattaya, Thailand.
Gadis 
itu terus memarahi dan menengking ibunya tanpa sebarang rasa bersalah dan malu 
memperlakukan ibunya seperti itu di sebuah pusat beli belah sambil diperhatikan 
oleh orang ramai. 
Disebabkan 
tindakan biadab anaknya itu, wanita berkenaan menangis dan sanggup melutut 
meminta maaf pada anaknya agar berhenti memarahinya. Malangnya, rayuan si ibu 
tidak dipedulikan oleh gadis berkenaan. 
Dia 
sebaliknya terus menengking dan memarahi ibunya hanya kerana sebuah iPhone. - 
THEHYPEMEDIA.COM

0 Response to "IBU OKU MELUTUT DEPAN ANAK GADISNYA TAK MAMPU BELIKAN IPHONE"
Catat Ulasan