KAJANG 12 Feb - Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun tidak akan memberikan sebarang kenyataan yang boleh menjatuhkan imej calon Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Mei Fun yang juga merupakan Naib Presiden MCA berkata tindakan tersebut dilakukan selaras dengan prinsip dirinya yang tidak suka memburukkan imej orang lain.
"Lebih baik kita tumpukan kepada orang awam dengan apa yang BN boleh bawa dan kekuatan BN kepada rakyat kepada ketika berkempen.
"Tidak adil jika kita memberikan apa-apa kenyataan ke atas calon yang lain. Ini adalah prinsip saya dan saya tidak akan memberikan kenyataan apa-apa kepada calon yang lain," katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat bilik gerakan pusat daerah mengundi Sungai Chua di sini, hari ini.
Mei Fun turut memberikan pandangan terhadap calon yang ditukar setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan bertanding selepas didapati bersalah dalam kes rayuan Kes Liwat ii baru-baru ini.
Jelasnya, beliau bersiap sedia untuk menempuh sebarang calon yang di berikan oleh pembangkang sebelum ini.
"Bila kita bertanding pada pilihan raya memang tidak akan tahu siapa calon yang bakal akan kita lawan.
"Kita telah bersedia untuk menghadapi mana-mana calon dan kita tidak akan mengambil ringan kerana setiap calon mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri," katanya.
PRK DUN Kajang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun BN dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari PKR.
0 Response to "Mei Fun Pegang Prinsip Tidak Akan Aibkan Calon Lawan"
Catat Ulasan