Pengakuan Izreen Azminda Hubungannya Dengan Amar Baharin

Aktres jelita Izreen Azminda menjelaskan hubungannya dengan aktor Amar Baharin hanya sebagai kawan baik sahaja dan bukannya sebagai kekasih seperti yang didakwa sesetengah pihak.


Pengakuan Izreen Azminda Hubungannya Dengan Amar Baharin , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, izreen azminda, amar baharin,

"Kami hanya berkawan baik dan rasanya belum sampai masa untuk ke fasa lebih serius. Saya berterima kasih kepada Amar kerana banyak memberi sokongan kepada saya ketika dalam kesusahan," katanya kepada Rap.

Dalam pada itu, Izreen yang sudah tamat tempoh edah perceraiannya bulan lalu menegaskan dia tidak mahu terburu-buru mencari pengganti kerana mahu fokus pada kerjayanya.

"Saya tidak mahu terburu-buru mencari pengganti dan mahu mencari insan yang serasi. Paling penting orang itu dapat menerima anak saya."

Dalam perkembagan lain, Izreen berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie "Cinta Gila" yang akan disiarkan di RTM dan juga bakal terlibat dalam telemovie "Tingkat Atas Tingkat Bawah" bersama Izzue Islam.


Sumber : tupai.com.my

0 Response to "Pengakuan Izreen Azminda Hubungannya Dengan Amar Baharin"

Catat Ulasan