Pelakon cantik yang kini sedang berbahagia
melayari bahtera rumahtangga iaitu Eina Azman akui suaminya ada
memintanya memakai pakaian sopan selepas ini.
Eina Azman yang berusia 19 tahun
menyatakan kesyukuran melihat perubahan suaminya yang baru memeluk Islam dan
peka terhadap imej. Suaminya Dato Gmix juga bersungguh-sungguh mahu mendalami
agama Islam.
Ini kata Eina Azman (via
mStar):
"Suami memang ada
meminta saya untuk berpakaian sopan selepas kami kahwin. Tidak susah mana pun
kerana sebelum ini saya bukannya berpakaian terlalu terdedah.
"Sebagai seorang wanita yang memegang status isteri juga, saya perlu menjaga nama baik suami dan keluarga,"
"Saya lihat dia bersungguh-sungguh apabila membabitkan hal-hal agama. Macam-macam dia tanya kepada nenek dan ayah saya terutamanya tentang solat.
"Lebih mengharukan dengan inisiatif sendiri, dia mengajak ayah saya sembahyang Jumaat bersama-sama. Dan sebagai isteri saya memberi sokongan sepenuhnya selain turut belajar bersama dengan dia."
Syukurlah dapat suami yang bagus dan menjaga
isteri dan agama dengan baik. InsyaAllah keluarga Eina Azman sentiasa bahagia
dan diredhai tuhan.
Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com
0 Response to "Permintaan Mengejut Suami Pada Eina Azman"
Catat Ulasan