Ini satu lagi isu yang kecoh semalam. Ia berkenaan tajaan pihak Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri untuk proses bersalin selebriti popular Rozita Che Wan atau dikenali dengan panggilan Che Ta yang dijangkakan bersalin dalam masa dua minggu lagi. Ada NGO mempertikaikan kewajaran hospital berkenaan menaja selebriti itu sedangkan ramai lagi yang susah dan memerlukan bantuan.
Menerusi laporan Kosmo!, Rozita Che Wan telah memberi respon mengenai isu tajaan berkenaan. Menurut Che Ta, dia meminta supaya tiada mana-mana pihak mempertikaikan tajaan yang diterimanya kerana menganggap ianya satu rezeki buat mereka dan menyatakan ada beberapa lagi tajaan yang sedang dipertimbang.
“Alhamdulillah, murah rezeki saya dan bayi dalam perut ini. Selain hospital, ada syarikat insurans yang ingin taja, begitu juga dengan tajaan daripada sebuah produk set bersalin dan sekarang ini sedang berbincang mengenai tajaan produk lampin pakai buang pula. Bagi saya, ini semua rezeki yang tidak harus ditolak dan semua pihak harus faham bahawa ianya lebih kepada strategi promosi yang pastinya akan memberikan kelebihan kepada pihak yang memberikan tajaan itu,” jelas Rozita Che Wan.

Benar juga apa kata Che Ta tu. Dah orang nak beri takkan dia nak tolak kan. Itu adalah rezeki beliau. Mengenai isu membantu mereka yang memerlukan bantuan, rasanya itu isu antara NGO berkenaan dengan pihak hospital.
Mereka boleh sarankan kepada pihak hospital agar lebih bermurah hati untuk menderma dan memberikan bantuan perubatan. Tak perlulah nak kaji ‘pemberian’ kepada Che Ta itu. Mungkin ia adalah promosi terbaik pihak hospital untuk menaikkan imej mereka.
Sumber : ammboi.com

0 Response to "Respon Che Ta Terhadap SAMM Yang Mempertikaikan Tajaan Bersalin"
Catat Ulasan