

"Saya gembira dan teruja dapat membintangi slot Akasia yang mempunyai pengikut tersendiri. Syukur kerana doa saya makbul untuk diberi peluang berlakon dalam slot itu. Saya juga berterima kasih kerana dapat bimbingan pihak produksi dan pengarah drama bersiri tersebut, Amie Maziah. Dia merupakan seorang pengarah yang bagus dan banyak memberi tunjuk ajar kepada saya," katanya ketika ditemui di majlis tayangan filem 'Kelibat' di Cathay Cineplex, Damansara pada Isnin.
Dalam filem seram arahan Hashim Rejab itu, Atikah memegang watak sebagai Lia. Pelakon kelahiran Singapura ini sempat berkongsi pengalaman seramnya bersama GUA.
"Ada dalam satu babak filem tersebut, Lia mahu terjun dari bangunan untuk membunuh diri. Di hadapan saya ada banyak pokok. Saya terpandang satu tempat di hadapan saya dan tiba-tiba saya rasa sangat takut dan sedih. Dek kerana rasa itu, saya menangis. Saya pun tak tahu kenapa. Tetapi bila pihak produksi panggil Ustaz untuk datang melihat keadaan saya, terus saya okay sahaja. Mungkin perkara itu terjadi kerana saya terlalu fokus untuk adegan bunuh diri itu," ujar Atikah.

Sumber : gua.com.my
0 Response to "Atikah Suhaime Sedia Digosipkan Dengan Syafiq Kyle?"
Catat Ulasan