Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) merupakan acara anugerah yang dipandang tinggi, lagi-lagi bukan calang-calang boleh terpilih memenanginya.

Aik, macam mana perkara seperti ini boleh berlaku?
Sungguh pun amat terharu dan teruja kerana dipilih sebagai Seniwati bagi Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman (Wanita), sudah pastilah Datuk Rosnani Jamil, 78, atau mesra dipanggil Mak Nani terkejut melihat keadaan trofi yang jadi bukti pengiktirafan itu.
Mak Nani, yang tidak dapat hadir ke FFM26 kerana masih dalam edah menyuarakan rasa terkilan kerana trofi yang diterima tak sampai 24 jam selepas acara itu berlangsung tidak lagi sempurna.
Justeru, kualiti trofi tersebut tak dapat tidak, dah tentu menimbulkan persoalan.
Menurut laporan Harian Metro, Mak Nani memberitahu:
“Ketika menerima piala anugerah itu dengan logonya tertanggal, rasa nak tergelak pun ada tetapi terkilan juga kerana mengapalah begitu murah piala itu?
Tidak sampai 24 jam pun selepas malam anugerah FFM26, lainlah sekiranya logo di hujung piala itu tertanggal selepas setahun.“
Mak Nani bagaimanapun mengakui, masalah tersebut sudah diadukan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang berjanji akan membaikinya.
Beliau yang tinggal di Kampung Janda Baik, Pahang, menghantar wakil iaitu anaknya sendiri ke FFM26 kerana masih dalam edah ekoran kematian suaminya, seniman Allahyarham Datuk Jamil Sulong, 25 September lalu.

Pada usia emas, Mak Nani tetap menyumbang pada dunia seni dengan bergiat sebagai sutradara dan produser filem.
Anugerah sama bagi kategori lelaki diterima oleh Datuk Rahim Razali.
Sumber : mynewshub.com.my
0 Response to "Trofi FFM26 Mak Nani Patah Tak Sampai 24 Jam Lepas Menang"
Catat Ulasan