
Muzik-Muzik telah sampai ke
peringkat separuh akhir dimana sebanyak 30 buah lagu akan berentap
untuk menuju ke
peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada bulan Januari
2015.
Berita keengganan Awie untuk
menyanyikan lagu beliau yang telah tercalon di separuh akhir Muzik Muzik ke 29
mendapat perhatian ramai dan ada yang mengatakan beliau enggan terlibat kerana
takut tewas dengan saingan penyanyi muda dan baru.
“Sudah lama saya berada dalam
industri ini dan saya sudah melalui rasa menang dan kalah dan perkara itu tidak
perlu dilalui lagi. Bukan masanya untuk saya nak bersaing dengan mereka dan
bukan juga kerana mahu menjaga reputasi,” jelas Awie.
Sebaliknya Awie memberitahu yang
beliau bimbang akan sistem penjurian yang tidak telus sebagai punca kenapa
beliau enggan terlibat dengan sebarang pertandingan nyanyian termasuklah separuh
akhir Muzik Muzik yang sedang berlangsung.
“Saya tidak suka dengan keadaan
bila pemenang diumumkan, peserta dan penonton akan berikan wajah terkejut, wajah
yang memberi erti "betul ke dia menang"? Keadaan itu juga membuatkan si
pemenang tidak selesa bukan? Sebab itu saya tak mahu sertai mana-mana
pertandingan nyanyian termasuklah MM29. Saya takut pertandingan itu
dipolitikkan,” tambahnya.
Lagu Cinta Makrifat dendangan Awie
& Erra Fazira juga ciptaan sepenuhnya Erma Fatima telah pun dicalonkan dalam
MM29 dan akan bersaing pada 28 November ini.
Sumber:
Rotikaya.com
0 Response to "Bimbang Penghakiman Tidak Telus, Punca Awie Enggan Sertai Muzik Muzik-29 Separuh Akhir"
Catat Ulasan