Leez Rosli & Aepul Drama Band Bakal Bernikah Disember Ini

Seperti juga berita pertunangan mereka yang tidak diwar-warkan kepada media, Leez Rosli yang merupakan tunang kepada Aepul Drama Band ini sebenar tidak lama lagi akan bergelar suri di hati vokalis kumpulan tersebut.


Leez Rosli & Aepul, info, terkini, hiburan, sensasi, leez rosli, aepul drama band,

Leez atau nama sebenarnya Rosliza Rosli, 25, memberitahu Murai.com.my hari ini bahawa dia akan menamatkan status bujangnya tidak lama lagi. Tarikh yang dirancangkan sudah ada iaitu pada tahun ini juga namun dia akan mengumumkan secara rasmi tidak lama lagi.


“Tarikh bagi kami melangsungkan pernikahan itu sudah ada, bukan saya tidak mahu bagitahu lagi tetapi masih ada beberapa perancangan yang perlu diselesaikan sebelum membuat pengumuman. Jangan risau saya akan jemput para media untuk majlis pernikahan itu nanti.

“Ia akan berlangsung dalam tahun ini juga atau lebih tepat dalam bulan Disember ini. Bila tiba masanya yang sesuai nanti saya akan beritahu semua peminat dan juga media mengenainya,”ujarnya yang ditemui ketika menemani Drama Band dalam salah satu sesi Artischatz di pejabat Murai, tengahari tadi.

Pasangan ini mengabadikan memori indah percintaan mereka dengan mengikat tali pertunangan pada tarikh 11.12.13 di majlis pertunangannya yang diadakan secara kecil-kecilan di Gombak.

Menyingkap semula cerita pertunangan tersebut, Leez dan Aepul sempat juga memohon maaf kepada mereka yang terasa hati akibat tidak diberitahu mengenai berita pertunangannya.

Untuk majlis pernikahan kelak dia menyatakan akan menjemput media walaupun ia akan dijalankan secara sederhana sahaja.

“Kami akan melangsungkan majlis pernikahan dahulu bagi mengesahkan ikatan kami sebagai suami isteri. Lagipun masing-masing sedang sibuk jadi kerana itu saya dan Aepul dah putuskan untuk mengadakan resepsi pada tahun hadapan.

“Majlis akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur sahaja dan Alhamdulillah, walaupun saya ingin besederhana masih ada pihak yang mahu menaja majlis pernikahan kami itu,”ujarnya lagi.

Selain itu Leez juga hari ini tanggal 12 November telah menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke 25, selamat hari jadi Murai ucapkan kepada Leez dan semoga berjaya!



Sumber : murai.com.my

0 Response to "Leez Rosli & Aepul Drama Band Bakal Bernikah Disember Ini"

Catat Ulasan