Sudah sekian lama berada di Amerika Syarikat
bagi meneruskan pengajiannya di sana, akhirnya pelakon cantik berwajah kacukan,
Juliana Evans, 25 akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

Wow! Pastinya ramai peminat Juliana
Evans yang tidak sabar untuk menanti kepulangan selebriti berkenaan bagi
mewainai semula dunia hiburan tanah air.
Murai Batu dikhabarkan, kepulangan bekas kekasih kepada seorang pelawak terkenal itu kali ini bukannya sehari dua, tetapi mungkin agak lama.
Malah Murai Batu difahamkan juga, pihak pengurusan Juliana Evans sudah membuat beberapa persiapan bagi menyambut kepulangan pelakon berkenaan termasuk sesi fotografi bersama-sama beberapa media terkenal tanah air.
Dikhabarkan juga, Juliana Evans akan kembali sibuk dengan beberapa acara seni termasuk menghadiri majlis-majlis hebat serta memenuhi beberapa tawaran bagi memenuhi kepulangannya ke tanah air.
Satu lagi berita yang , bahawa terdapat banyak perubahan yang wujud pada Juliana Evans termasuk bentuk tubuhnya yang sedikit berisi berbanding sebelumnya.
Agak kelakar juga apabila dengar cara Juliana Evans bercakap juga sudah berubah. Maklum sajalah kerana terlalu lama berada di negara yang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, maka gaya berbicara juga turut memberi kesan.
Apa-apa sajalah Juliana Evans. Apa yang pasti,diharap kepulangan anda ke tanah air akan memeriahkan kembali dunia hiburan.
Asalkan Juliana Evans masih tahu asal usulnya dan tidak melupakan peminatnya di sini, itu sudah memadai.

Sumber : murai.com.my
0 Response to "Foto Terkini Juliana Evans Yang Sedikit Berisi"
Catat Ulasan