Berkenaan dengan penganugerahan Ijazah Kehormat
Sarjana (Master) Komunikasi Massa kepada penyampai radio popular, Fara
Fauzana, dia mendedahkan bahawa tiada sebarang perjanjian di buat di antara
pihak Geomatika University College dan dirinya.

" Saya amat bersyukur dengan pernanugerahan yang diberikan ini. Cuma orang di luar sana kena ingat, ini bukan pertama kali sesebuah universiti atau kolej memberikan pengiktirafan sebegini, tapi mungkin saya penyampai radio, jadi kedengaran agak janggal.
Artikel Terdahulu : Fara Fauzana Tak Pergi Kelas Tapi Dapat
Master
"Apa pun tidak ada istilah mereka mempergunakan saya kerana pihak Geomatika sendiri tidak membuat sebarang hebahan di atas penganugerahan ini.
"Orang lain cuma tahu selepas pihak AM Krew membuat kejutan di radio minggu lalu," katanya kepada Sinar Harian.
Susulan dengan penganugerahan tersebut, penyampai dan juga pengacara popular itu dihentam kerana dia tidak pernah menghadiri sebarang kelas.
Tambahnya lagi, dia sudah lama merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana tetapi dengan kerjaya sebagai penyampai radio sepenuh masa tidak mengizinkan untuk berbuat demikian.
Sumber : tupai.com.my
0 Response to "Fara Fauzana Perjelas Isu Terima Master"
Catat Ulasan