Firman Mahu Derma Wang Kemenangan AF2014 Ke Tabung Gaza

Juara Akademi Fantasia 2014 (AF2014) Firman bersyukur kerana hasratnya untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah tercapai.


Firman Mahu Derma Wang Kemenangan AF2014 Ke Tabung Gaza, info, terkini, hiburan, firman, juara AF2014, sensasi,

Menurut Firman, dia akan menggunakan wang kemenangan yang berjumlah RM50,000 itu dengan sebaik mungkin dan akan mendermakan sebahagian wang tersebut ke tabung Gaza.

“Saya tak pernah jangka yang saya akan menjadi juara AF2014 kerana semua saingan hebat-hebat belaka… Saya bersyukur dan ini adalah anugerah ilahi kepada saya.

“Sebenarnya sebelum ini saya dah rancang, jika saya menang saya dah niat nak bawa ibu bapa saya pergi umrah dahulu.

“Manakala sejumlah wang lagi saya akan dermakan ke Tabung Gaza… Kerana saya sedar, walaupun betapa sukarnya kehidupan yang saya lalui tetapi masih lagi ada yang lebih hidup susah berbanding saya.” katanya ketika ditemui Astro Gempak sejurus habis konsert akhir AF2014 bertempat di MBSA, Shah Alam.

Firman atau nama sebenarnya Mohd Firman Bansir telah dinobatkan sebagai juara dan sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan Toyota Vios, pekej percutian ke Osaka, Jepun tajaan HNH Tours Sdn Bhd beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Firman dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 beserta Toyota Vios dan tajaan pakej percutian.




Sumber : murai.com.my

Related Posts :

0 Response to "Firman Mahu Derma Wang Kemenangan AF2014 Ke Tabung Gaza"

Catat Ulasan