Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku ketika Wan Siti
Sulyza Wan Manssor, 17, membonceng motosikal bersama rakannya untuk pulang ke
rumahnya di Kampung Ranggong di sini selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
Difahamkan, mangsa mendapat bantuan anggota
bomba daripada Balai Bomba Kerteh yang tiba sejam kemudian, untuk mengeluarkan
kakinya yang tersepit di celah lidi motosikal dan membawa ke Klinik Kesihatan
Kerteh sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.
Ketika ditemui di Hospital
Kemaman, hari ini, Wan Siti Sulyza berkata, selepas terasa kakinya disepit
sesuatu dia terus tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku
ke atas dirinya selama kira-kira empat jam.
“Saya tak tahu apa berlaku
dan bila sedar jam 6 petang semalam, saya dah berada di sini (Hospital Kemaman)
lalu terus menangis menahan kesakitan amat sangat,” katanya.
Sementara
itu, ibu mangsa, Mahani Mamat, 47, berkata, anaknya akan tetap akan mengambil
baki kertas SPM di hospital berkenaan memandangkan masih tidak mampu
berjalan.
Sumber
0 Response to "Ngeri : Detik Cemas Kaki Pelajar 17 Tahun Tersepit Celah Tayar Motosikal"
Catat Ulasan