Seorang lelaki di wilayah
Guangdong mengetahui isterinya menghabiskan dua bulan gajinya membeli-belah
dalam talian sempena Hari
Single lalu dia merajuk dan enggan pulang ke rumah.
Dalam keadaan mabuk
selepas minum arak, lelaki itu merayau mencari tempat tidur dan akhirnya menemui
paip konkrit.
Dia turut menemui orang-orang yang dipeluknya sepanjang malam
sebagai cara untuk mengurangkan kesejukan.
Keesokannya, seorang
pekerja binaan yang melakukan tinjaun di kawasan itu, terkejut melihat lelaki
itu begitu lena sambil memeluk orang-orang yang dipakaikan pakaian
wanita.
Dia mengejutkan lelaki itu
selepas merakam beberapa gambarnya sambil bertanya apa yang terjadi hingga
menyebabkan dia tidur di situ.
Lelaki tersebut menyatakan
dia kecewa apabila mengetahui isterinya menghabiskan wang sebanyak 10,000 yuan
(RM5,452) untuk membeli-belah menerusi Internet.
Lelaki itu bekerja sebagai
tukang masak dan memperoleh pendapatan RM2,453 sebulan dan selepas mengetahui
gajinya habis, dia enggan pulang ke rumah.
Dengan tidak tahu apa yang
hendak dilakukannya, dia membeli arak dan menjumpai orang-orang untuk dijadikan
teman sepanjang malam itu.
Dia memberitahu pekerja
binaan itu: “Lebih seronok memeluk orang-orang daripada memeluk isteri
saya”.
0 Response to "Pasangan Istimewa Kantoi Buat Maksiat Dalam Lubang Konkrit"
Catat Ulasan