Selepas
bersarapan, saya bergegas ke bilik salah seorang jemaah yang menyertai pakej
kami, Azdin namanya. Di dalam bilik, dia terbaring dengan kaki ditutupi selimut.
“Mazlan, kaki saya semakin teruk.
Dah tak boleh angkat, tak boleh
berjalan.” Katanya sebaik melihat saya datang. Dengan bersusah payah, Azdin yang
berusia awal 40-an dan merupakan usahawan yang sangat berjaya, menunjukkan
kakinya kepada saya.
Jelas di depan saya, kaki Azdin semakin lebam dan
membengkak, bermula dari paha hinggalah ke tapak kaki. Kedua-dua belah kakinya
kini berwarna hitam. Kesakitan bias yang menjalar ke seluruh kakinya pula
mencucuk-cucuk hingga Azdin tidak sanggup untuk menyentuh kakinya, apatah lagi
untuk berjalan.
Sungguh aneh, penyakit tersebut menimpa Azdin sebaik
sahaja kami menjejakkan kaki ke Mekah. Pada mulanya kakinya Cuma sakit biasa
sahaja, tetapi dari sehari ke sehari, ia membengkak, lebam dengan bias yang
semakin pedih mencucuk
Apa yang membingungkan kami adalah doctor gagal
mengesan penyakit yang menimpa Azdin. Keadaannya itu membimbangkan kami kerana
hari untuk melakukan Wuquf Cuma tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi. Dalam
keadaan dirinya yang begitu teruk, saya tidak yakin dia boleh sembuh untuk
menunaikan rukun haji itu.
Sambil mengurut kaki dan memandang kea rah
saya, Azdin bertanya pada Mazlan, apa dosa saya sebenarnya?
Azdin
termenung seperti menyorotkan sesuatu yang meruntun perasaannya. “Mazlan, syaa
yakin saya telah buat satu kesilapan.
“Saya rasa lebih baik awak buat
sembahyang taubat dan berdoa supaya Allah tunjukkan kenapa awak jadi begini,”
jawab saya. Selepas hamper setengah jam mengunjungi Azdin, saya
meninggalkannya.
Seperti yang dinasihatkan, malam itu Azdin mengambil
wuduk dan bersembahyang sunat taubat. Selesai bersembahyang, Azdin baring di
katil dalam keadaan mengiring ke kiri seperti yang lazim dilakukan oleh
Rasulullah dan membaca surah an-Nas, al-Falaq, dan al-Ikhlas. Kemudian, Azdin
berdoa.
“Ya Allah, berikanlah aku hidayah dan tunjukkanlah kesilapan yang
telah aku lakukan,” katanya sebelum melelapkan mata. Malam itu hayatnya
dikabulkan Allah”.
Keesokan harinya, sekali lagi saya mengunjungi Azdin.
Dengan terharu dia berkata; “Mazlan, saya sudah tahu di mana kesilapan saya.
Saya ingin menceritakan kepada awak. Mungkin ini boleh jadi pengajaran kepada
orang lain.”
Azdin mula bercerita, menyingkap kesilapannya yang lalu.
Menurut Azdin, dia dilahirkan di sebuah negeri di Timur Semenanjung dalam sebuah
keluarga yang amat miskin. Dia tinggal bertiga bersama ibu dan kakaknya, Ani,
dalam rumah yang buruk.
Bapa Azdin telah lama meninggal dunia sementara
ibunya mencari rezeki dengan menjual tikar. Kehidupan mereka ketika itu
betul-betul sempit. Bagaimanapun, ibunya tetap berusaha membesarkan dan memberi
pendidikan secukupnya kepada Azdin dan kakaknya.
Apabila mereka tiga
beranak duduk bersama, ibunya kerap berpesan, katanya; “Din, Ani, bila kamu
sudah besar nanti ingatlah pesan mak. Emak bukannya hendak duit kami, tapi
ingatlah jasa mak, susah payah mak ini membesarkan kamu.” Pesanan itulah yang
kerap diulanginya.
Walaupun hidup dalam kesempitan, Azdin berjaya di
dalam pelajaran. Selepas menamatkan persekolahan, dia berpindah ke Kuala Lumpur
dan menjawat jawatan tinggi dalam sebuah agensi kerajaan.
Beberapa tahun
kemudian dia melanjutkan pelajaran ke luar negara, seterusnya menjadi usahawan.
Perniagaan Azdin berjaya membolehkan meraih kekayaan yang tidak pernah diimpikan
selama ini. Hasilnya dia memiliki sebuah rumah besar, lengkap dengan kolam
renang, serta beberapa buah kereta mewah.
Azdin menghentikan ceritanya.
Sambil menundukkan muka dia berkata dengan pelahan tetapi saya anak derhaka dan
mudah lupa asal usul. Mazlan, sudah 15 tahun saya tidak balik ke kampung dan
jenyuk emak.
” Apabila sudah hidup mewah, saya malu untuk mengaku berasal
dari kampung dan berkeluarga miskin. Malah saya beritahu orang bahawa saya orang
Kuala Lumpur, tinggal sebatang kara, tidak ada ibu dan bapa. Saya katakana
kepada mereka bahawa ibu saya telah meninggal dunia.
“Ketika itu saya
anggap emak sudah tidak wujud, sudah mati. Malah kepada isteri pun saya beritahu
bahawa ibu saya telah meninggal dunia”.
“Kenapa awak buat macam itu?”
tanya saya yang juga sebak mendengar pengakuan Azdin.
“Antara saya dan
emak tiada apa-apa permusuhan, tapi saya marah kerana dia membesarkan kami
dengan kesusahan”.
Kerana dendam itu, Azdin langsung tidak mahu mengambil
tahu tentang ibunya. Beberapa kali kakaknya meminta Azdin supaya melawat ibunya
yang uzur tetapi Azdin enggan dan memberi bermacam-macam alasan.
Selepas
beberapa kali didesak, akhirnya dia mengalah. Apabila isterinya ke London, Azdin
memandu kereta besarnya menuju ke kampung. Kakaknya sedang menunggu sementara
ibunya pula terbaring di katil. Keadaan rumah ibunya ketika itu memang daif.
Atap dan dindingnya penuh berlubang di sana sini.
“Sambil berdiri diluar
pintu rumah, Azdin bertanya kepada ibunya; “emak, kenapa emak suruh saya
balik?”
“Din, sampai hati kamu tidak mahu menjenyuk emak. Sudah lebih 10
tahun kamu kerja di Kuala Lumpur, sekali pun kamu tidak datang menjenyuk emak.
Emak sakit ni”.
Habis tu emak nak apa? Pernahkan emak beri kesenangan
pada saya dulu?” tanya Azdin lagi.
“Macam mana emak nak beri kesenangan
kepada kamu, duit tak ada, arwah bapa kamu pun tak tinggalkan harta. Tapak rumah
ini pun emak sewa”.
“Begini sajalah. Emak jangan ganggu hidup saya,
jangan ganggu rumah tangga saya. Bagi saya, emak sudah tiada. Saya nak bagi duit
pada emak pun tak ada apa-apa jasa emak kepada saya. Saya hidup susah, cari duit
untuk belajar. Kalau mak susah, saya juga susah. Sekarang bila saya sudah mewah,
saya nak beri kemewahan itu kepada keluarga saya pula”.
Sambil mengangis
ibunya berkata,”emak tidak mahu duit ringgit kau. Emak nak kau tengok mak pun
jadilah”.
“Cukuplah mak. Bagi saya, mak sudah tiada dalam hidup saya.
Saya nak balik.
” Tapi sebelum melangkah, Azdin berkata sesuatu yang
diingatnya sehingga kini. Katanya, “Emak, mulai hari ini saya haramkan kaki saya
dari memijak rumah ini. Inilah kali terakhir saya datang ke sini.” Selepas
berkata demikian Azdin terus meninggalkan ibu dan kakaknya”.
“Saya tahu,
kerana kata-kata itulah kaki saya sakit sebegini rupa,” kata Azdin.
Tanpa
saya sedari rupa-rupanya saya turut menangis mendengar pengakuannya itu. Ketika
itu juga kami menghubung kakak dan ibunya di Malaysia. Selepas memperkenalkan
diri kepada ibunya, saya menceritakan apa yang sedang berlaku kepada Azdin. Tapi
hati ibu nyata telah terluka.
Tergamak dia buat mak cik begini. Mak cik
bela dia, hidup susah, anyam tikar, tapi bila sudah besar dia lupakan mak cik.
Sanggup pula katakana bahawa mak cik sudah tiada. Dia bukan anak mak cik lagi,”
kata ibu Azdin.
Mak cik, kasihanilah kepada Din. Ampunkanlah dia. Dia dah
sedar, dah bertaubat”.
Dengan nada marah, ibu Azdin berjawab, “nak jadi
apa jadilah. Nak mati pun matilah. Mak cik sudah tiada anak. Bukan mak cik yang
kata tapi dia yang kata macam itu”.
Memandangkan ibu Azlan masih belum
mengampuninya, saya menghulurkan telefon kepada Azdin dan meminta dia sendiri
merayu serta memohon ampun kepada ibunya. Tetapi selepas 20 minit merayu, dengan
tangisan yang tidak henti-henti, ibunya masih enggan
mengampuninya.
Sebaliknya ibu Azdin meletakkan telefon, meninggalkan
anaknya itu terjelopok di katil.
“Tolonglah saya,” kata Azdin sambil
menangis.
Keesokan harinya sekali lagi kami menelefon ibu Azdin. Selepas
beberapa jam merayu, menangis dan menyatakan kekesalan dan keinsafan, akhirnya
ibu Azdin mengampuni kesilapan anaknya itu. Kemaafan itu disambut Azdin dengan
air mata kegembiraan. Wajahnya jelas begitu gembira. Ketika itu saya melihat
Azdin seperti anak yang baru mendapatkan ibunya semula.
Sambil bersalaman
dengan saya, dia mengucapkan terima kasih kepada Mazlan. Saya menyesat air mata
yang sejak dari tadi meleleh tidah berhenti. Allah Maha Kuasa. Tiga atau empat
hari setelah itu, kaki Azdin sembuh sepenuhnya. Tiada lagi bengkak atau lebam
dan dia bias kembali berjalan, malah berlari, seperti sediakala. Kini Azdin
boleh melakukan wuquf seperti jemaah haji yang lain.
“Saya akan tebus
dosa saya pada emak selama ini,” kata Azdin kepada saya.
Sehari dua
kemudian, sampailah hari untuk melakukan wuquf. Apabila masuk waktu sahaja,
Azdin terus duduk bersendirian. Sambil menangis dia berzikir dan berdoa memohon
keampunan Allah. Dia benar-benar menyesal di atas kesilapannya yang
lalu.
“Mazlan, saya masih belum puas lagi bertaubat. Saya nak lakukan
lebih banyak ibadat untuk emak,” katanya dengan mata yang masih bengkak kerana
terlalu banyak menangis.
Bagi menembus dosa, Azdin melakukan umrah hamper
10 kali, semuanya untuk ibunya. Setiap waktu terluang pula, Azdin bersembahyang,
mengaji dan beribadat dengan niat pahala amalan itu disedekahkan kepada
ibunya.
Tidak cukup dengan itu, dibelikannya 30 helai selendang, 30 helai
kain batik, beberapa guling kain, sejadah, gelang, rantai, cincin emas dan
pelbagai hadiah untuk ibunya.
“Kenapa beli banyak-banyak ni Din?” tanya
saya.
“Saya nak emak saya tukar kain dan selendang setiap hari satu
selama sebulan. Saya tidak mahu tengok lagi dia pakai buruk-buruk,” katanya
bangga.
Kemudian dia berkata lagi, tapi dengan nada yang berbeza,
“Mazlan. Saya dah sedar kesilapan saya. Bila balik nanti saya nak tunjukkan
kepada emak bahawa saya benar-benar telah bertaubat.
Ketika bertolak
pulang, saya lihat Azdinlah orang yang paling gembira. Sebaik sampai di Lapangan
Terbang Subang, dia tidak balik ke rumahnya di Kuala Lumpur, sebaliknya terus
menuju ke kampung menemui ibunya untuk memohon ampun. Sampai di rumah, ibunya
dipeluk dan dicium sepuas hati. Tangan dan dahi ibunya dikucup dengan penuh
kasih sayang.
Isteri serta kakaknya juga turut menangis sama melihat
penyesalan Azdin.
Jika dulu ibunya dianggap sudah tiada, kini bagi Azdin,
ibunya adalah segala-galanya. Salah sebuah bilik di rumahnya kini telah diubah
suai khas untuk ibunya. Bilik tersebut dihias indah, sehebat bilik tercantik di
hotel lima bintang, lengkap dengan seorang pelayan.
Selain dihadiahkan
dengan pakaian yang cantik, ibunya juga diberi sebuah kereta mewah dan seorang
pemandu. Malah kereta ibunya itu lebih besar berbanding kereta yang dipandu oleh
Azdin. Itu masih belum cukup buat Azdin. Dia turut memberikan RM10000 sebulan
kepada ibunya.
“Ambillah emak. Kalau emak tidak mahu, emak sedekahkanlah
kepada sesiapa yang emak fikir perlu,” kata Azdin.
Azdin kini merupakan
salah seorang sahabat karib saya. Apabila ada waktu terluang, saya dan isteri
pergi ke rumahnya.
Ketika Azdin sedang berehat, saya bertanya kepadanya.
“Kenapa engkau buat semua ini Din?”
Azdin memandang saya, kemudian
berkata. “Mazlan, emak adalah orang yang paling aku sayang. Dialah bidadari
dalam hidup ku. Kita ni kalau kaya tapi tak berjasa pada emak bapak pun tak
berguna.
Tapi ibu Azdin pula saya lihat masih berpakaian sederhana dan
tidak memakai barang-barang kemas yang dihadiahi Azdin.
Apabila ditanya
mengenai hal berkenaan, mak cik menjawab; “Mazlan, mak cik tak mau semua ini.
Tak perlu semua ni. Asalkan anak mak cik kenang jasa mak cik pun
sudahlah.
0 Response to "Padah Derhaka Pada Ibu, Azdin Terima Seksaan Di Kota Mekah"
Catat Ulasan