Ada seorang wanita pm
saya, tanya tentang telekung kain lycra yang jadi trend zaman sekarang ni sah ke
tak solat jika pakai telekung tu?
Saya pun tak dapat nak jawab sebab saya
tak tahu macam mana keadaan telekung lycra tu. Jadi saya pun Google lah. Lepas
tengok gambar, masyaAllah.. Terkejut saya.
Saya pun ada juga rujuk dengan
rakan ustaz dan mereka bersetuju dengan pendapat saya yang lemah ini bahawa tak
sah solat dan berdosa jika memakai telekung lycra itu sebab tidak menepati
syarat menutup aurat menurut hukum syarak kerana ia bersifat mengikut bentuk
badan.
Jika diamati betul-betul, syarat menutup aurat ialah menutup
keseluruhan badan kecuali muka, tak nipis (kain tidak jarang), labuh dan tidak
mengikut tubuh badan.
Sekali pun solat di rumah, solat seorang atau
dengan mahram, dalam bilik, bilik berkunci akan tetapi kembali kepada hukum
syarak iaitu syarat sah solat.
Sumber
0 Response to "Telekung Lycra Tak Sah Solat"
Catat Ulasan