
Kejam!!!
Seorang wanita yang mempunyai masalah mental bertindak kejam apabila mengunci
anak perempuannya di sebuah bangsal selama SETAHUN - sehingga menyebabkan daging
anaknya itu mereput dan busuk.
Ahli
keluarga wanita malang berkenaan terkejut apabila mendapati Aneta Pokorskia, 25,
seorang wanita kurang upaya dari segi fizikal dikunci sehingga menyebabkan salah
satu punggung dan sebahagian daripada paha beliau telah hancur mereput.
Ketika
ditemui Aneta dalam keadaan kurus kering kerana kekurangan zat makanan dan
dehidrasi.
Sebelum
ini, ibunya, Maria Pokorskia, 53, memberitahu saudara mara mereka bahawa Aneta
telah diambil oleh jabatan kebajikan sejak setahun lalu namun mereka mulai
curiga apabila ibunya itu tidak dapat memberitahu lokasi di mana Aneta
dibawa.
Aneta
yang kurang upaya dan tidak boleh berjalan itu dirantai di atas kerusi yang
ditebuk di bahagian bawah untuk membolehkan dia membuang najis. Sebuah bakul
juga diletakkan di bawah kerusi berkenaan.
Bangsal
yang menjadi tempat kurungan Aneta juga tidak mempunyai alat pemanas meskipun
dalam keadaan cuaca sejuk hingga ke tahap beku.
Bagi
memastikan Aneta tidak membuat bising, Maria turut berpindah ke bangsal
berkenaan dan dia meletakkan katil kecil di penjuru bangsal.

Jurucakap
polis berkata: "Anak perempuan itu dirantai ke tandas buatan iaitu sebuah kerusi
dengan satu lubang potong dan diletakkan baldi di bawahnya.
"Ibu
perempuan malang itu menggunakan sudut yang lain bangsal itu sebagai tandas.
Pegawai Polis mendapati anak perempuan dia kelihatan seperti berada dalam kem
kematian.
"Dia
memakai kain buruk, kelaparan, kesejukan, separuh punggung beliau telah hilang
dan separuh daripada paha beliau mereput.
"Bangsal
ini tidak mempunyai pemanasan dan tidak ada air."
Menurut
polis, Puan Pokorskia telah mengunci anaknya dalam kandang selepas bertengkar
dengan ahli keluarga yang mahu meletakkan anaknya ke pusat penjagaan.
Menurut
polis lagi, pihaknya tidak boleh mendakwa Maria kerana dia mengalami masalah
mental sebaliknya siasatan akan dijalankan kenapa jabatan kebajikan tidak
mengambil tindakan dan mengabaikan kedua-dua beranak itu sekian lama.
Sumber:
mynewshub.cc
0 Response to "KEJAM!!! Seorang Ibu Rantai Anak Kurang Upaya Sehingga Daging Mereput dan Membusuk"
Catat Ulasan