GARA-GARA BAJU, ASFAN DIUGUT BUNUH & DIBAKAR




KUALA LUMPUR - Gara-gara memakai pakaian ranggi rekaan Meg atau @meggoth (Instagram) di malam Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) Ahad yang lalu, penyanyi Asfan yang dikenali dengan lagu Alasan Untuk Bahagia dikecam hebat di media sosial.

Rekaan baju dengan logo mata dan lambang tiga segi pada bajunya itu disalahertikan sehingga ada yang menganggapnya ada kaitan dengan Dajal atau Illuminati.

Asfan juga turut diugut bunuh dan dibakar di laman sosial oleh peminatnya yang dilihat ekstrim.

Bimbang dengan keselamatan diri terancam, Asfan membuat laporan polis bersama peguam dan pereka fesyen terbabit di Balai Polis Gombak pada jam 3 petang.


"Di blog hiburan atau di dada akhbar tidak wujud isu menakutkan ini tetapi saya amati di blog yang condong kepada agama dan politik menjadi sebaliknya. Malah ada yang menyifatkan logo gambar baju itu menandakan dajal sudah akan datang.

"Saya dicop sebagai pengikut fahaman yang bukan-bukan. Tindakan membuat laporan polis ini diharap dapat menjadi ruang saya melindungi diri.

"Saya agak tertekan hingga tak boleh tidur apabila cerita ini timbul. Ia juga sebagai langkah menjaga reputasi saya di arena seni.

"Gara-gara baju itu saya diugut bunuh, malah secara rawak juga ada yang terlalu ekstrim membuta tuli ingin membakar saya hidup-hidup menerusi komen mereka di media sosial," katanya.

Sumber

0 Response to "GARA-GARA BAJU, ASFAN DIUGUT BUNUH & DIBAKAR"

Catat Ulasan