MESTI
TAHU!!!
1.
Pulau ini pertama kali telah ditemui oleh Portugis pada abda ke 16. Pulau yang
pada ketika itu iada berpenghuni ini dibiarkan begitu saja oleh Portugis kerana
mereka meneruskan pelayaran ke Asia Tenggara.
Pada
tahun 1643, Peranchis mengambil alih pulau ini dan mengishtiharkannya sebagai
pulau jajahan mereka. Wakil Peranchis dan koloni mereka seterusnya mendiami
pulau ini selama 20 tahun. SEhingga kini pulau ini masih di bawah jajahan
Peranchis.
2.
Nama asal bagi Pulau Reunion adalah Bourbon Island. Pulau yang terletak di
Lautan Hindi ini kemudiannya ditualr nama kepada Pulau Reunion oleh Peranchis
pada tahun 1793.
3.
Bahasa asal yang digunakan oleh rakyat yang mendiami pulau ini agak unik kerana
ia adalah campuran 3 bahasa – Bahasa Peranchis, Malagasi (bahasa dari
Madagaskar) dan Bahasa Gujerat (dari India). Ini bukanlah sesuatu yang
menghairankan kerana pedagang dari Madagaskar dan India kerap berkunjung ke
sini.
Namun
begitu Bahasa Peranchis merupakan bahasa rasmi di pulau ini.
4.
Hasil bumi utama yang menjadi bahan eksport dari Pulau Reunion adalah Gula.
Hasil bumi lain adalah beras dan tebu.
5.
Bagi pekerja pejabat di Pulau Reunion, waktu rehat mereka adalah 2 jam setiap
hari bermula dari jam 12 tengahari hingga 2 petang. Wah, ini memang
menarik!
6.
Lokasi Pulau Reunion berhampiran dengan garisan Khatulistiwa menjadikan iklim di
pulau ini tidak banyak berbeza dengan Malaysia. Justeru pulau ini menjadi
tumpuan pelancong dari Eropah untuk bercuti sambil berjemur di
pantai.
7.
Oleh kerana pulau ini masih di bawah pemerintahan Peranchis, matawang rasmi di
Pulau Reunion adalah Euro dan menjadi matawang rasmi untuk kegunaan transaksi
harian di pulau ini. Meskipun begitu, matawang US Dollar juga diterima di
beberapa hotel dan restoran ‘high
class‘ di pulau ini.
8.
Pulau ini juga memiliki gunung berapi masih aktif yang diberi nama Piton de la
Fournaise. Merupakan antara gunung berapi paling aktif di dunia, Piton de la
Fournaise direkodkan telah meletus sebanyak 150 kali sejak abad ke
17.
Letusan
terkini dari gunung berapi ini adalah pada tahun 2007 dan telah menghasilkan
pemandangan menarik dari jauh.
Sewaktu
tiba di sini, para pelawat perlu mendaki anak tangga yang membawa mereka jauh ke
atas. Disepanjang laluan beberapa kawah (craters) akan ditemui sebelum melalui
jalan yang membawa ke bahagian yang lebih tinggi.
9.
Salah satu tarikan utama di Pulau Reunion adalah bassin des
Aigrettes.
Merupakan
kolam air semula jadi dengan air terjun mengalir dari atas terus ke dalam kolam,
ia bakal menawarkan pengalaman berbeza untuk mereka yang berkunjung ke
sini.
10.
Bentuk muka bumi dan alam semula jadi di pulau ini tak kalah dari segi keunikan
dan keindahannya.
Jika
anda meminati hiking, di sini anda berpeluang untuk menikmati pemandangan indah
air terjun yang turun dari celah bukit ke jurang, melihat canyon yang dalam,
gunung berapi aktif serta berjalan di lereng bukit menuju ke lokasi menarik
antaranya Le Maido, atau sekadar memandu di jalan raya yang di bina atas air di
sekeliling pulau ini.
Jadi
kini anda sudah tahu, Pulau Reunion bukanlah sebuah pulau yang sepi tetapi
sebaliknya kaya dengan alam semula jadi dan nilai sejarah. Bagi mereka yang
sukakan alam semulajadi, Pulau Reunion sewajarnya menjadi satu lagi destinasi
dalam ‘bucketlist’ anda.
sumber asal - TheVocket
0 Response to "10 Fakta Mengejutkan Tentang Pulau Reunion Dimana Lokasi serpihan #MH370 Dijumpai"
Catat Ulasan