Kuala
Lumpur: Seorang jurutera maut diseret sebuah kereta sejauh hampir 20 meter
sejurus mangsa tercampak ke tengah jalan.
Dalam
kejadian jam 12.42 tengah hari semalam, mangsa, Mohd Firdaus Ahmad, 30, yang
menunggang motosikal terbabit kemalangan di Kilometer 20.5, Lebuhraya Maju
Expressway (MEX) arah ke Putrajaya.
Ketua
Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, kemalangan
dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang sedang menjalankan kerja pemasangan
kabel berhenti di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan.
“Mangsa
yang menunggang motosikal Kawasaki Scrambler gagal mengelak lalu melanggar
bahagian belakang kanan lori yang diletakkan di lorong kiri jalan.
“Perlanggaran
itu menyebabkan mangsa terjatuh di lorong tengah lebuh raya sebelum sebuah
kereta dipandu seorang lelaki gagal mengelak lalu melanggar mangsa,”
katanya.
0 Response to "(5 Gambar) Jurutera Maut Tragis Diseret 20 Meter Oleh Kereta"
Catat Ulasan