KAJANG - Malang nasib seorang remaja lelaki
dibelasah tiga remaja lelaki sebelum dijadikan sebagai 'alat' pemuas nafsu
mereka.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.40
petang, Rabu lalu, mangsa berusia 18 tahun berasal dari Sungai Petani, Kedah,
menyertai pertandingan kawad kaki anjuran Penjara Kajang.
Ketika pertandingan sedang berlangsung, mangsa
secara tiba-tiba ditarik oleh tiga remaja terbabit ke sebuah tempat yang tidak
ramai orang, dibelasah sehingga patah tulang rusuk serta dipaksa melakukan se-ks
or-al.
Mangsa yang sudah tidak mampu hendak melawan
terpaksa menuruti kehendak suspek. Malah, salah seorang dari suspek cuba
meli-wat mangsa.
Selepas kejadian itu, mangsa melaporkan perkara
itu kepada warden penjara dan satu laporan polis dibuat berhubung dengan
kejadian itu.
Mangsa dibawa ke Hospital Kajang bagi menjalani
pemeriksaan dan doktor mengesahkan tiada kesan kemasukan objek ke dubur
mangsa.
Hasil siasatan polis pula menemui kesan air
man-i suspek di lokasi kejadian.
Ketiga-tiga remaja lelaki yang berasal dari
Melaka itu kemudian ditahan dan diarah melakukan kawad cam.
Semua suspek berusia antara 17 - 19 tahun dan
kes disiasat mengikut Seksyen 377 (B) kerana meliwat.
0 Response to "Remaja Dipukul Dan Dipaksa Lakukan Oral Sek-s Oleh 3 Pelajar Di Kajang"
Catat Ulasan