Kecoh di laman sosial media apabila dikatakan
bahawa Nora Danish telah berbikini ketika bercuti baru-baru ini. Namun, demi
menegakkan perkara yang benar, pelakon tersebut menjelaskan di laman Instagram
bahawa wanita yang dikatakan dirinya itu adalah rakannya.
Tidak mahu terus dihentam oleh haters, Nora
juga sempat menjelaskan bahawa wanita dalam gambar berkenaan adalah rakannya
yang berbangsa Cina. Pada mulanya, Nora memulakan misi mencari identiti wanita
yang dikatakan dirinya itu, dengan nada sinis.
Bagaimanapun, melalui satu lagi muatnaik gambar terbaru tidak lama selepas
Nora meneruskan misi pencariannya itu, dia menejelaskan perkara yang berlaku
malah turut disokong oleh peminatnya berikutan pendedahan itu.
Buat Nora, mungkin ini masa yang sangat mencabar bagi dirinya kerana
terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan ketika ini. Pastinya ada sesuatu yang
besar dan positif menanti selebriti kesayangan ramai ini di masa
hadapan.
0 Response to "Nora Danish Dedah Perkara Sebenar Isu Gambar Berbikini"
Catat Ulasan