Biarpun dilahirkan di Terengganu,
Zizan Razak mempunyai alasan tersendiri memilih untuk membuka kedai serbaneka
pertamanya di Wakaf Che Yeh, di sini. Acara perasmian berlangsung sebentar tadi
disempurnakan EXCO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood. "Ini cita-cita saya
selama ini dan ia akhirnya jadi kenyataan.
Saya dahulu jenis yang susah
tidur, maka saya akan melepak di kedai serbaneka 24 jam. Siapa sangka, tahun ini
saya sendiri memiliki kedai serbaneka di bawah syarikat Zizan Group Sdn Bhd.
"Ramai mungkin tertanya tanya kenapa saya memilih untuk membuka cawangan pertama
di Kelantan. Saya ada alasan tersendiri atas beberapa
sebab.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0kse5MwMxryt75fYzmz6_w9P19ND53eJAu3pOyZtg_dNE1RPnerPuIekkGNb1OUALkJa2NVwETu0aZXjsvuJkHIH9Rvn25M9pcKSs9dzEAwYuAWN693jP32BGeWptLiEoMH26imkqDW9i/s320/Zizan_Mart.jpg)
Orang Kelantan sendiri suka
berniaga dan Alhamdulillah kehadiran saya di sini amat dialu-
alukan.
"Visi Zizan Group sendiri juga
mahu menjadikan kedai serbaneka termaju diusahakan Bumiputera dengan menawarkan
harga berpatutan. Saya sedar dengan keadaan ekonomi sekarang, kehadiran
ZizanMart dapat membantu rakyat membeli dengan bijak," kata pengacara Akademi
Fantasia 2015 itu. Katanya, ZizanMart dibuka untuk menyenangkan orang ramai
sekali gus membuka peluang perniagaan kepada golongan muda.
"Dengan keinginan untuk membuka
banyak cawangan ZizanMart di seluruh negara, pastinya kami mahu membuka peluang
untuk anak muda mendapatkan pekerjaan," katanya. Sementara itu, Abdul Fattah
Mahmood berkata beliau memuji inisiatif Zizan dan syarikatnya untuk membuka
kedai serbaneka itu.
"Kedai serbaneka ini dibuka
berdasarkan (piawai) kerajaan negeri. Maknanya pihak Zizan peka dengan apa yang
boleh dijual dan sebaliknya di kedai serbaneka beliau. "Harapnya usaha Zizan
untuk terus membuka banyak cawangan serbaneka ini dapat membantu anak muda
terutamanya golongan siswazah mendapatkan pekerjaan sekali gus mengurangkan
kadar pengangguran di Kelantan amnya," katanya.
- BH,Media
Hiburan
0 Response to "(8 Gambar) Majlis Pembukaan Kedai Serbaneka 24 Jam Zizan di Kota Bharu"
Catat Ulasan