SILVERTON,
Colorado – Sungai Animas di sini yang terkenal dengan air jernih kebiruan kini
telah bertukar menjadi kekuningan selepas berlaku tumpahan 3.8 juta liter sisa
toksik baru-baru ini.
Berikutan
kejadian itu, sungai berkenaan telah ditutup kepada semua aktiviti rekreasi,
manakala Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat bergegas
menilai tahap pencemaran dipercayai berpunca daripada sebuah palam penyumbat di
Lombong Gold King yang pecah.
Pegawai
penguat kuasa bagaimanapun menjelaskan bahawa bekalan air bersih untuk minuman
di kawasan terbabit tidak terjejas.
EPA
memaklumkan, satu kemalangan berlaku menyebabkan tumpahan sisa perlombongan
melimpah ke anak Sungai Cement yang seterusnya mengalir ke Sungai Animas.
“Projek
itu bertujuan menge-pam keluar dan merawat air di dalam lombong daripada
pencemaran logam. Sisa berasid itu terdiri daripada logam berat dan tanah yang
boleh menyebabkan keradangan pada kulit,” kata pegawai EPA, Rich Mylott dalam
satu kenyataan.
Pasukan
di tempat kejadian masih tidak pasti berapa lama sebelum air kekuningan itu
mela-rut. Kejadian pencemaran serupa sebelum ini menyebabkan aluminium, kadmium,
zink, besi dan tembaga melimpah ke sungai tersebut. – Agensi
- lagi info
menari di Kosmo
online
0 Response to "Air Sungai Bertukar Menjadi Kuning"
Catat Ulasan