Ada kalanya darah naluri seks bergelora pada diri seorang pemuda , lalu ia mempermainkan tangannya pada alat kelaminnya,atau melancap untuk mengeluarkan air mani supaya merasa tenang urat sarafnya dan merasa kepuasan dari gelora seks yang membangkitkan syahwatnya, dan perbuatan semacam ini sudah terkenal hari ini dengan nama onani, yang dalam bahasa Arabnya Aadah Sirriyah.
Perbuatan seperti ini sudah diharamkan oleh ramai dari para ulama mazhab Imam Maliki mengambil dalil haramnya daripada firman Allah ta'ala berikut :
Maksudnya : "Dan
orang-orang yang mereka itu memelihara kemaluannya , kecuali terhadap
isteri-isteri mereka , atau hamba sahaya yang dimiliki tangan kanan mereka, maka
mereka itu tiadalah tercela. Tetapi , barangsiapa yang mencari kepuasannya dari
selain yang demikian , maka mereka itu adalah orang-orang yang melanggar
batas." (Al-Mukminun :5-7)
Jadi , orang yang
melakukan onani atau melancap kelaminnya untuk tujuan melepaskan kepuasan
syahwatnya , ialah orang yang mencari kepuasan dari selain yang dibolehkan oleh
hukum islam.
Dan diriwayatkan pula
daripada Imam Ahmad bin Hanbal , bahawa dia menganggap air mani itu adalah
barang kelebihannya yang ada di dalam tubuh badan manusia , yang boleh
dikeluarkannya dengan injeksi dan sebagainya. Pendapatnya ini telah diperteguh
dan disokong oleh Ibnu Hazm.
Lantaran itu, para Fikh
Mazhab Imam Hanbali telah mengharuskan melancap kelamin itu dengan dua sebab
:
1- Kerana bimbang dirinya
akan melakukan zina .
2- Kerana tidak mampu
berkahwin.
Kita boleh memakai
pendapat Imam Ahmad ini dalam keadaan-keadaan bergeloranya nafsu syahwat dan
kebimbangan tergelincirnya diri ke dalam perkara yang haram, umpamanya pemuda
yang sedang belajar di negeri orang, atau yang sedang bekerja di luar negeri ,
padahal pengaruh yang membangkitkan nafsu sangat banyak dan terpampang di
hadapan mukanya, dan keadaan sungguh membimbangkan kerana takut terjatuh ke
dalam perbuatan yang keji itu.
Maka dalam keadaan serupa
itu tidaklah kiranya menjadi salah untuk melancap kelaminnya sampai mematikan
gelora naluri seksnya itu tetapi dengan syarat jangan sampai dilakukan
berlebih-lebihan dan dijadikan suatu perkara yang biasa.
Dan lebih utama dari itu
ialah dengan mengikut petunjuk Rasul yang mulia kepada para pemuda yang tidak
mampu berkahwin , iaitu dengan banyak berpuasa . Dengan berpuasa bakal
mengurangi keinginan dan mengajar cara-cara bersabar serta memperteguh takwa
yang ada di dalam diri dan memperlihatkan diri terhadap larangan Allah ta'ala
yang mana disimpulkan oleh sabda beliau yang berbunyi :
"Hai para pemuda !
barangsiapa di antara kamu yang sudah ada berkemampuan , hendaklah dia berkahwin
, kerana perkahwinan itu lebih menjamin menahan pandangan dan lebih kuat
membentengi kemaluan!Tetapi barangsiapa yang tidak ada kemampuan (untuk
berkahwin), maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu menjadi pelindung
kepadanya."
(Riwayat
Bukhari)
Petikan :
Buku"Halal dan Haram Dalam
Islam"
Halaman
277-279
Dr.Yusuf
Al-Qardhawi
0 Response to "Hukum Melancap Untuk Mengeluarkan Air Mani"
Catat Ulasan