Hahahah popular dengan tagline kipidap dan dongibab . Rani kulup sekali lagi hari ini mendedahkan mengapa memakai headphone tersebut .
Kuala
Lumpur – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul
Rani Kulup Abdullah kecewa apabila difitnah cuba mengelak daripada mendengar
bacaan doa Hindu dalam upacara pengebumian salah seorang rakannya yang berbangsa
India.
Gambarnya,
memakai ‘head phone’ di upacara kematian rakannya kemudian dimuat naik di laman
sosial.
Jelasnya,
‘head phone’ yang digunakannya itu hanyalah untuk memudahkannya menjawab
panggilan telefon.
“Ayah
memang biasa gunakan ‘head phone’ itu kerana ayah dapat dengar panggilan telefon
dengan lebih jelas.
“Sekiranya
ada kata ayah pakai ‘head phone’ untuk tidak mendengar bacaan doa agama Hindu,
itu tidak tepat. Kalau pakai ‘head phone’pun dengar juga,” katanya ketika
dihubungi FMT.
Berikutan
penyebaran gambar berkenaan, Rani Kulop memberi amaran kepada pihak-pihak
tersebut supaya berhenti menyebarkan fitnah terhadapnya.
Katanya,
mereka perlu berbangga kerana dia mengamalkan sikap terbuka dan saling memahami
budaya masyarakat di Malaysia.
“Walaupun
beliau berbangsa India, tetapi ayah hormat dia, lebih-lebih lagi sebagai seorang
rakan ayah.
“Sepatutnya
mereka suka orang Islam melawat ke pengebumian agama lain,” katanya yang
membahasakan diri sebagai ayah.
Terdahulu
di laman Facebook telah tersebar sekeping gambar yang mendakwa, “Ayahanda Kulop
Kipidap pakai ‘head fon’ bagi mengelak dengar bacaan kitab selain Quran.
Dibimbangi akidahnya terpesong ketika melawat kematian rakannya” tulis Era
Pasca.
0 Response to "Ayahanda Rani Kulup Tutup Telinga Guna "Headphone" Semasa Melawat Kematian Hindu Hanya Kerana..."
Catat Ulasan