Besi coli jadi penyelamat wanita dari peluru senapang


Apa cerita ni??? seorang perempuan dikira bernasib baik terselamat dari mati ditembak selepas peluru melantun ke arah dia terkena besi coli yang dipakai. Hehehheheh..

Nasib baik noh!!! Masa tu perempuan yang berusia 41 tahun dengan suami dia berbasikal di Mecklenburg-Vorpommern. Diorang tak sedar dioarang dah melintasi zon pemburuan babi hutan.

Tu pun dia tak sedar ditembak sebelum rasa sakit kat dada. Suami dia pun kebetulan nampak seorang penembak kat ladang berhampiran dan bagitau keadaan isteri dia. Dengan serta merta pemburuan tu dihentikan.

Menurut jurucakap polis André Falke, anggota diorang  jumpa bangkai babi hutan kat kawasan berhampiran. Diorang syak peluru itu disasarkan kat babi hutan tu, kemudian melantun dan terkena perempuan tu pula.

Suruhanjaya Jenayah Gadebusch pun dok siasat kejadian itu sebagai kes cuai yang menyebabkan kecederaan dan siasat sama ada ia diletakkan papan tanda ke tak. Ni maybe papan tanda tak ada kot sampai diorang pun tak perasan tu kawasan pemburuan noh!


 -Utaranews.com

Related Posts :

0 Response to "Besi coli jadi penyelamat wanita dari peluru senapang"

Catat Ulasan