
Adam Shafiq Malik Fairus, 29, mengaku bersalah di atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabie pada 5 Ogos antara jam 1.30 petang hingga 2 petang di Flat kos rendah Desa Tun Razak, di Cheras.
Dia didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Menurut kertas pertuduhan, mangsa berusia 7 tahun baru pulang ke rumah dan menaiki lif untuk ke rumah pengasuhnya.
Adam Shafiq memberitahu mahkamah bahawa dia baru sahaja selesai menghidu gam ketika insiden bertindak menarik budak lelaki itu masuk ke rumahnya.
Pengasuh kanak-kanak malang itu kemudiannya bertindak mencari mangsa di sekitar kawasan selepas tidak muncul di rumahnya sebelum terdengar tangisan.
Kanak-kanak itu kemudiannya ditemui dengan seragam sekolahnya tidak terurus dan rambut kusut masai serta mengadu sakit di bahagian sulitnya.
Hakim Zulqarnain Hassan memberitahu Adam Shafiq yang tidak diwakili peguam bahawa, alasan tidak sedar itu tidak dapat diterima.
Mahkamah menetapkan 17 Ogos untuk keputusan kes dan Zulqarnain meminta tertuduh untuk mendapatkan peguam untuk mewakilinya.
Sumber
0 Response to "Lelaki melayu 29 tahun mengaku tak sedar TER-liwat budak 7 tahun"
Catat Ulasan