SEBELUM ini tumpuan
masyarakat dunia telah diberikan kepada seekor kucing digelarGrumpy
Cat kerana memiliki raut wajah yang pemarah.
Gambarnya mula tersebar dan
menjadi viral di laman sosial kerana keunikan dimiliki kucing bernama Tardar
Sauce itu.
Namun, nampaknya
populariti Grumpy Cat ini bakal dicantas oleh seekor anjing yang
memiliki raut wajah pemarah sama seperti kucing itu dan digelar
sebagai Grumpy Dog!
Unik tak anjing ini? Anjing
yang diberi nama Earl kini viral dan mendapat perhatian pengguna media sosial
selepas gambarnya tersebar.
Pemiliknya, Derek
Bloomfield menyatakan anjing itu berada dalam keadaan sihat sama seperti anjing
lain cuma raut wajahnya sahaja yang menggusarkan setiap orang yang
melihatnya.
Earl yang berusia 5 bulan
merupakan anjing baka Puggle iaitu campuran Pug dan Beagle. Walaupun kelihatan
sentiasa marah, anjing itu dikatakan sangat ramah dengan haiwan
lain.
Sumber
0 Response to "Giliran ‘Grumpy Dog’ Sensasikan Laman Internet (4 Gambar)"
Catat Ulasan