Sebuah
kajian terbaru membuktikan semakin seseorang menghafal Al-Quran Al-Karim, maka
semakin bertambah baik kesihatan. Dr. Soleh Bin Ibrahim As-Shani', pensyarah
psikologi di Universiti Al-Imam bin Saud Al-Islamiyyah, Riyadh, meneliti dua
kumpulan responden iaitu mahasiswa Universiti King Abdul Abdul Aziz yang
jumlahnya 170 responden, dan kumpulan mahasis Al-Imam Asy -Syathibi yang juga
berjumlah 170 responden.
Penyelidik
mendefinisikan kesihatan psikologi sebagai keadaan di mana berlaku keselarasan
psikologi individu daripada tiga faktor utama: agama, spiritual, sosiologis dan
jasmani. Untuk mengukurnya, penyelidik menggunakan parameter kesihatan
psikologinya Sulaiman Duwairiat, yang terdiri daripada 60 unit.
Kajian
ini mendapati adanya korelasi positif antara peningkatan kadar hafalan dengan
tahap kesihatan psikologi dan mahasiswa yang unggul di bidang hafalan Al-Quran
itu mempunyai tahap kesihatan psikologi dengan perbezaan yang sangat
jelas.
Ada
lebih dari tujuh puluh kajian, baik Islam atau barat, semuanya menegaskan
kepentingan agama dalam meningkatkan kesihatan psikologi seseorang, kematangan
dan ketenangannya. Sebagaimana kajian-kajian yang telah dibuat di Arab Saudi dan
hasilnya menunjukkan peranan Al-Quran Al-Karim dapat meningkatkan kemahiran asas
pelajar-pelajar sekolah rendah dan pengaruh yang positif dari hafalan Al-Quran
untuk mencapai IP yang tinggi bagi mahasiswa.
Kajian
tersebut memberi gambaran yang jelas tentang hubungan antara keberagamaan dengan
pelbagai bentuknya terutama menghafal Al-Quran Al-Karim dan pengaruh-pengaruhnya
terhadap kesihatan fizikal individu dan keperibadian berbanding dengan
individu-individu yang tidak disiplin dengan ajaran-ajaran agama atau tidak
menghafal Al-Quran, sedikit atau seluruhnya.
Komen
terhadap Kajian:
Setiap
orang yang menghafal sebahagian dari Al-Quran dan mendengar bacaan Al-Quran
secara berterusan itu pasti merasakan perubahan yang besar dalam hidupnya.
Hafalan Al-Quran juga berpengaruh pada kesihatan fizikalnya. Melalui pengalaman
dan pengamatan, dapat dipastikan bahawa hafalan Al-Quran dapat meningkatkan
sistem imun tubuh pada seseorang dan membantu melindungi dari pelbagai
penyakit.
Berikut
adalah manfaat-manfaat hafalan Al-Quran,
1.
Fikiran yang jernih.
2.
Kekuatan memori.
3.
Ketenangan dan kestabilan psikologi.
4.
Senang dan bahagia.
5.
Bebas dari perasaan takut, sedih dan cemas.
6.
Mampu bercakap di depan awam.
7.Mampu
membina hubungan sosial yang lebih baik dan memperoleh kepercayaan dari orang
lain.
8.
Terbebas dari penyakit akut (acute illness).
9.
Dapat meningkatkan IQ.
10.
Memiliki kekuatan dan ketenangan psikilogis.
Kerana
itu Allah berfirman, "Sebenarnya,
Al Qur'an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi
ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang
zalim. "(QS
Al-'Ankabut [29]: 49)
Ini
adalah sebahagian dari manfaat di dunia. Ada manfaat-manfaat yang jauh lebih
besar di akhirat, iaitu kebahagiaan ketika berjumpa dengan Allah, memperolehi
keredhaan dan nikmat yang abadi, mendapatkan tempat dekat kekasih mulia Muhammad
Saw.
*Diterjemahkan
oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com
Sumber
0 Response to "Kajian Terbaru: Hafal Al-Quran Mencegah Pelbagai Penyakit"
Catat Ulasan