![]() |
Gambar hidangan escargot yang tergolong dalam keluarga siput babi yang dinikmati Neelofa ini, ditegur netizen kerana hukum memakannya adalah haram bagi orang Islam. |
PELAKON,
pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa dilanda gelombang kritikan gara-gara
memuat naik sekeping foto hidangan makanan yang dijamahnya.
Neelofa
yang kini berada di London telah bertindak berkongsi gambar makanan yang
dijamahnya malam semalam di ruang Instagram. Menurut kapsyen yang ditulis,
hidupan laut tersebut merupakan sejenis siput dipanggil Escargot.
Netizen Pertikai Iklan Aksi Goda Tudung Neelofa
“Hands
down the best escargot so far,” tulis pelakon Lemak Kampung
Santan itu.
Namun
demikian, pengguna media sosial kemudiannya mengkritik pilihan Neelofa itu
kerana ujar mereka, escargot ataupun turut dipanggil ‘siput babi’, haram dimakan
oleh umat Islam.
Hukum
tersebut telah diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan diterangkan secara
jelas di laman sesawang jabatan tersebut. Jom kita baca sedikit tentang hukum
escargot.
Nampaknya,
kritikan yang dilemparkan pengguna laman sosial ada benarnya walaupun cara
sebahagiannya dilihat terlalu kasar dan biadab. Mungkin juga Neelofa tak tahu
hukum tersebut, kan?
Apa
yang lebih penting, selepas ini Neelofa harus berhati-hati dalam memilih makanan
yang hendak dijamah kerana semua tahu, ‘makanan akan menjadi darah
daging’.
–
MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Makan Siput Babi, Neelofa Ditegur Peminat"
Catat Ulasan