SEBAGAI
negara yang mengamalkan adat timur, isu melibatkan selebriti wanita berpakaian
seksi dan berbikini sememangnya cukup sensitif dan boleh menimbulkan kontroversi
tertentu.
Namun,
dalam banyak-banyak selebriti tempatan, tidak sangka pula kami pelakon cilik
Puteri Balqis turut terpalit sama.
Hanya
gara-gara berkongsi gambar berbikini ketika bermandi di laut, Puteri Balqis
dikritik dan dikecam teruk kerana ada yang menganggap ianya terlampau
seksi.
Malah,
ada yang menyifatkan gambar tersebut boleh mengundang kegiatan pedofilia yang
pernah berlaku kepada anak-anak selebriti terkenal sebelum ini.
Berikutan,
ramai peminat berbalah dan memohon agar Puteri Balqis memadam gambarnya yang
memakai bikini.
Namun,
tidak kurang yang berpendapat tidak salah jika Puteri Balqis berpakaian sebegitu
kerana usianya yang masih muda.
Apa-apa
pun, bagi kami Islam tidak mengajar untuk bergaduh sesama sendiri apatah lagi
menghina seseorang. Peminat sepatutnya memberi nasihat dengan cara betul dan
lebih berhikmah kerana manusia sememangnya tidak lari daripada melakukan
kesalahan.
–
MYNEWSHUB.CC
Sumber
0 Response to "PANAS.. Peminat Berbalah Bila Puteri Balqis Berbikini"
Catat Ulasan