Kerana sudah tidak tahan dengan keadaan
jalanraya yang rosak di sekitar Shah Alam telah membuatkan sekumpulan anak muda
yang menggelarkan diri mereka "Brotherhood Shah Alam" juga merupakan penduduk
sekitar telah tampil menconteng dan mengecat jalanraya yang rosak.
Menurut mereka pelbagai aduan sudah dilakukan
tetapi tidak ada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah
Alam (MBSA).
Dikatakan mereka melalukan tindakan berkenaan
kerana untuk mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi yang mungkin boleh
mengakibatkan kehilangan nyawa. Mereka semalam telah menjalankan aktiviti ini
sekitar SHELL UNISEL, Seksyen 21 dan sekitar seksyen 14 dekat dengan Kompleks
PKNS dengan mencari jalan rosan dan berlubang.
Bagi mereka, tidak kisah untuk penduduk sekitar
atau orang ramai marah dengan tindakan menconteng jalanraya ini kerana tindakan
yang mereka lakukan adalah salah satu usaha untuk membuka mata pihak MBSA supaya
cepat memperbaiki jalan berkenaan.
Selain itu, cat kuning yang digunakan mereka
juga sudah pasti senang dinampak oleh pengguna jalanraya yang melalui jalan
berkenaan, jika nampak cat kuning berkenaan bolehlah dielak kerana disitu
terdapat lubang ataupun jalan rosak.
Aktiviti ini diketuai oleh Saudara Lando Zawawi
bersama penduduk sekitar. Lando sebelum ini diketahui sering tampil megeluarkan
kenyataan tentang masalah jalan rosak disekitar Kuala Lumpur dan Lembah
Kelang.
Tindakan yang mereka lakukan ini telah mendapat
banyak sokongan daripada penduduk sekitar yang menyifatkan apa yang dilakukan
mereka adalah sesuatu yang baik kerana ia sudah pasti akan membuka mata pihak
berwajib. - Siakapkeli
Sumber
0 Response to "Penduduk Conteng Dan Cat Jalanraya Rosak Sekitar Shah Alam Sebagai Tanda Protes"
Catat Ulasan