Kencing atau bahasa sopan membuang air kecil ini
sudah bukan suatu perkara yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia
melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh
(mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut
melakukannya dengan benar dan sesuai aturan.
Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata
bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan
kepadanya Al-Quran.
Secara kesihatan kencing berdiri adalah penyebab
utama penyakit batu karang karang pada semua penderita penyakit tersebut dan
merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian
lelaki.
Dari segi agama, kebanyakan orang yang biasanya
kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau
sujud maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air
kencing yang tidak habis keluar ketika kencing sambil berdiri, apabila perkara
ini terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah
najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun
hadas besar.
Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan
tempat buang air, mungkin kerana pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi
yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya
dari sisi sunah dan kesihatan. Orang dulu mempunyai budaya melarang anak kencing
berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid
kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing
berdiri.
Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah
batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis terpancar
menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan
kendur. Berbeza dengan buang air mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang
paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar.
Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan
memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara
ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan
sekitar otot zakar terpelihara.
Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak
puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang
zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan
bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong dan telur zakar adalah
disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tidak habis keluar. Endapan demi
endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.
Jika anda meneliti sisa air kencing yang tidak
dibersihkan dalam bilik mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya.
Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini juga merupakan
salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari
penyebab batu karang.
Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang kencing
berdiri.
Sehingga Nabi Saw sering mengingatkan dalam
sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur
dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia
berkata:
Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu
beliau bersabda:
Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa,
namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu
domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air
kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi
dua.
Setelah itu beliau menancapkan salah satu pada
sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda:
Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih
Muslim No.439)
![]() |
Adab Buang Air Kecil Dan Memasuki
Tandas
Maka ada baiknya kita belajar adab-adab dan
sunnah-sunnah di tandas (bilik air) berikut agar kita banyak mendapatkan manfaat
baik di dunia (kesihatan) maupun di akhirat (agama) yang telah diajarkan
Rasulullah SAW:
1.
Buang air mencangkung (tidak berdiri jika tidak terpaksa/darurat), agar kotoran
boleh keluar lancar sehingga tidak menjadi penyebab batu karang mahupun lemah
syahwat
2.
Menggunakan alas kaki
Menurut kajian di Amerika Syarikat di dalam kamar
mandi/bilik air ada sejenis virus dengan type Americanus yang masuk melalui
tapak kaki orang yang ada di bilik air tersebut. Dengan proses waktu yang
panjang virus tersebut naik ke atas tubuh dan ke kepala merosak jaringan otak
yang menyebabkan otak lemah tak mampu lagi mengingat, blank semua memori otak
sehingga nyanyuk. Sandal hendaknya diletakkan di luar bilik air, jangan di dalam
bilik air, kerana semakin kotor, lembab dan tidak mengenai sasaran
kebesihan.
3.
Masuk kamar mandi /bilik air dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki
kanan
Inilah sunnah yang diperintahkan oleh Nabi, dan
juga disunnahkan untuk membaca doa sebelum masuk kamar mandi (doa dibaca di luar
bilik mandi) dan setelah keluar dari bilik mandi. Berbeza jika kita masuk masjid
dan rumah, masuk masjid atau rumah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki
kiri.
4.
Beristinjak dengan air dan dengan tangan kiri
Beristinjak (bersuci dan membersihkan kotoran)
dengan air, bukan dengan tissue atau lainnya kecuali jika tidak ditemukan air
ketika dihutan, padang pasir dsb. Boleh gunakan tissue tapi harus dibilas lagi
dengan air setelahnya. Syarat kebersihan dan kesucian dari najis menurut syariat
adalah hilang warna, hilang bau, dan hilang rasa dari najis tersebut.
Beristinjak juga disunnahkan dengan tangan kiri, inilah pembahagian tugas dari
tangan, bagaimana tangan kiri untuk urusan ‘belakang’ sedangkan untuk makan
& minum disunnahkan dengan tangan kanan, jangan dicampuradukkaan, tangan
yang untuk urusan belakang itu juga untuk makan. Dan Nabi melarang makan &
minum dengan tangan kiri.
5.
Jangan merancang/merencana sesuatu di bilik air
Nabi sangat melarang merancang atau membuat suatu
rancangan/idea/inspirasi di dalam bilik air, kerana bilik air adalah markas
syaitan sebagaimana doa kita ketika hendak masuk bilik air: “Allahumma inni
a’udzubika minal khubutsi wal khabaits”, Yaa Allah, aku berlindung kepada-Mu
dari godaan syaitan laki-laki maupun perempuan”.
Kerana dikhuatiri rancangan / idea / inspirasi yang
didapati berasal dari bisikan syaitan yang kelihatannya baik tapi setelah
dijalankan ternyata banyak mudarat/keburukannya. Begitu juga setelah keluar
bilik air, baca istighfar dan doa keluar bilik air. Secara adab dan budaya pun
sangat tidak baik, sambil buang kotoran mencari idea/inspirasi atau merancangkan
sesuatu yang baik apalagi sesuatu itu menyangkut hajat hidup orang ramai.
Disunahkan juga untuk menyegerakan keluar bilik air apabila hajat sudah selesai,
bukan malah bernyanyi-nyanyi apalagi sambil baca buku atau
akhbar.
6.
Ketika buang air dilarang menghadap atau membelakangi kiblat, apabila lubang
bilik air menghadap kiblat hendaklah ketika buang air badan agak diserongkan
sedikit
Apabila sunnah diamalkan walaupun dalam bilik air
maka kita ini juga namanya ibadah. Betapa sayangnya setiap hari kita ke bilik
air beberapa kali tapi tidak mendapatkan pahala ibadah dengan menghidupkan
sunnah. Padahal salah satu maksud dan tujuan manusia diciptakan adalah untuk
ibadah.
Wallahualam,
0 Response to "Sebab Rasulullah SAW Melarang Kita Kencing Berdiri"
Catat Ulasan