
Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:
Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’
(1) Suaminya.
(2) Ayahnya.
(3) Saudara lelakinya.
(4) Anak lelakinya.
Keempat-empat
golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh
seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?
Itu
baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu
‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah
ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang
wanita:
Sahabat
Sahabat
yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita
membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka
aurat.
Sahabat
yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah
dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam
peringkat:
(1)
Tegur dengan tangan jika terdaya.
(2)
Tegur dengan mulut jika terdaya.
(3)
Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.
Jika
tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah
hal ini menyusahkan orang lain?
Orang yang melihat
Sesiapa
sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan
dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan
membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.
Jurufoto
Jurufoto
yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah
berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah,
internet dan seumpamanya.
Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.
Mana-mana
sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis
blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan
gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa
disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.
Penjual/ penyebar
Orang
yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar
wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan
sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah
haram untuk dijual dan disebarkan.
Pembeli/ pembaca
Orang
yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan
memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan
menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan
yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa
mereka.
Inilah antara orang yang akan menanggung dosa
kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini
menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan
orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga
menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat
tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu
ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup
aurat.
Nauzubillah…
Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali
berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah
sebelum terlambat…
Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat
manfaat. InsyaAllah….
0 Response to "Siapa Yang Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita?"
Catat Ulasan