Salam
semua. Apa yang saya akan cerita dan kongsikan ini adalah untuk kebaikan kita
bersama serta agar kita semua lebih berhati-hati.
Pagi
23 September 2015, anak sulung saya dalam perjalanan dari Kota Damansara Kuala
Lumpur ke Alor Setar. Beliau telah berhenti sebentar di Tapah kerana tunangnya
hendak pergi ke tandas.
Semasa
menunggu di dalam kereta, datang sebuah kereta yang penumpang termasuk
pemandunya seramai empat orang lelaki berbangsa India terus membuka pintu kereta
dan menyuruh keluar atas alasan mahu menarik kereta.
Pada
masa yang sama, mereka juga memaklumkan jika diberikan wang, mereka tidak akan
menarik kereta itu. Namun, anak saya mahu menghubungi pihak bank terlebih dahulu
untuk kepastian. Tetapi tindakan itu membangkitkan kemarahan mereka lalu
mengugut anak saya.
"Nak
mampus ka?! Saya nak settle sekarang! Kalau you nak call bank, saya akan tarik
ini kereta juga!" katanya.
Kemudian,
anak saya meminta izin untuk menghubungi saya untuk meminjam wang. Mereka
membenarkan anak saya berbuat demikian. Lalu anak saya menjarakkan diri dari
lelaki terbabit dan terus menghubungi pihak bank.
Menurut
pihak bank, tiada pembayaran tertunggak dan tiada arahan untuk menarik
keretanya. Pihak bank menasihatkan agar anak saya segera menghubungi polis.
Terkejut dan panik, anak saya terus menghubungi saya dan menangis
ketakutan.
Selepas
menjelaskan apa yang terjadi pada saya, lelaki India itu terus merampas telefon
dan menyuruh saya membayar mereka RM900 jika mahu masalah itu diselesaikan atas
alasan jika mereka menarik kereta itu, pihak bank juga akan membayar mereka
RM900.
Bimbang
dengan keselamatan anak dan tunang serta enggan perkara menjadi lebih buruk,
maka saya bersetuju untuk membayar RM300. Malangnya lelaki itu tidak bersetuju
dan mengugut saya sekali lagi.
"Anak
perempuan awak ada dengan saya sekarang. Nak bayar atau tak?!" gertaknya.
"Beri
saya 10 minit untuk saya pindahkan wang," balas saya dengan tenang.
Saya
hubungi anak saya semula dan menyuruhnya menjauhkan diri daripada sekumpulan
lelaki itu dan bersembunyi di dalam tandas. Pada masa yang sama, anak say
menghubungi polis dan tunangnya menghubungi rakannya di sekitar Tapah.
Menyedari
kehadiran polis peronda, keempat-empat lelaki India itu segera melarikan diri.
Mereka juga sempat mengugut anak saya yang kononnya mereka akan mengikuti anak
saya sampai dapat keretanya.
Anak
saya dan tunangnya kemudian dibawa ke balai polis.
Menurut
pihak polis, kes seperti ini kerap berlaku di Tapah dan kumpulan ini menyasarkan
golongan muda, terutamanya pemandu perempuan. Dua hari yang lalu juga, seorang
pemilik Proton Iswara juga diugut dan kerana takut, mangsa telah membayar wang
itu kepada kumpulan terbabit.
Kawasan
R & R Tapah ini adalah kawasan jenayah. Tadi kawan saya baru saja
menghubungi saya yang beliau ternampak kereta suspek di R & R Behrang pada
jam 3 pagi. Ketika ditemui, empat suspek berkenaan sedang mendengar lagu dengan
kuat dan berada dalam keadaan mabuk.
AJM
1324, Perodua Alza berwarna purple. Tingkap kereta gelap 100%.
Modus
operandi mereka di kawasan lebuh raya Tapah. Sila sebarkan kepada orang ramai
agar mereka lebih berhati-hati. Sebelum ini saya hanya mendengar cerita sahaja.
Tetapi kali ini, benar-benar terjadi pada anak saya sendiri. - Naz Adam
Disalin
semula untuk siaran dari THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to ""Anak Perempuan Kau Ada Dengan Aku, Nak Bayar Atau Tak?!" Bapa Mana Yang Sanggup Jual Anak Sendiri?!?"
Catat Ulasan