ANNE NGASRI LUAH RASA KECEWA TERHADAP TUN DR MAHATHIR ?

Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghadiri himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini agak mengecewakan, kata Ketua Puteri Umno bahagian Bukit Bintang, Datin Anne Ngasri.

featured-ANNE-NGASRI-LUAH-RASA-KECEWA-TERHADAP-TUN-DR-MAHATHIR

Menurut Anne, masyarakat Malaysia tidak pernah melupakan jasa Dr Mahathir dan menyifatkan tindakan pemimpin itu menghadiri Bersih 4.0 mungkin satu kesilapan.

“Manusia biasa melakukan kesilapan, mungkin kali ini Dr Mahathir lakukan kesilapan. Tetapi kalau kita ingat semula, perjuangan Dr Mahathir itu lebih besar dari apa yang dia lakukan pada tempohari,” katanya kepada Sinar Online.

Menurut Anne lagi, walaupun tindakan Dr Mahathir akan mengundang pelbagai persepsi dari kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini, beliau tetap menghormati bekas pemimpin negara itu.


“Mana-mana anak muda sekarang mengangkat Dr Mahathir sebagai idola mereka. Bagi saya, Dr Mahathir ada sebab tersendiri mengapa beliau melakukan perkara tersebut (turut serta di himpunan Bersih 4.0),” katanya lagi.

0 Response to "ANNE NGASRI LUAH RASA KECEWA TERHADAP TUN DR MAHATHIR ?"

Catat Ulasan