Pengikut
di laman sosial yang ramai serta peminat setia merupakan satu peluang yang
sepatutnya diberi perhatian oleh golongan selebriti kerana perkara tersebut
dapat mengukuhkan lagi jenama mereka di dalam industri hiburan tanah air.
Kini,
giliran Nora Danish pula untuk
muncul dengan jenama tudungnya tersendiri dan semalam, pelakon ini sudah mula
berkongsikan beberapa keping gambar sesi fotografi produknya itu di Instagram.
Hebat ibu tunggal ini, walau sedang dilanda kontroversi, masih gagah
melangkah.
Semoga usaha Nora dalam meneraju pasaran busana
muslimah akan mendapat tempat di hati peminat dan mampu bersaing dengan jenama
yang lain. Apa pun, kami kongsikan beberapa keping gambar Nora yang manis
bertudung bersama anda.
0 Response to "Gambar-gambar Baru Nora Danish Bertudung Yang Buat Anda Jatuh Cinta"
Catat Ulasan