Mahu memberikan fokus terlebih dahulu kepada keluarganya dan masih lagi belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga merupakan sebab mengapa Jep Sepahtu masih lagi belum berkahwin. Malah dalam masa yang sama, teman wanita Jep turut memahami apa yang menjadi keutamaan pelawak itu.
“Kawan-kawan
sekeliling memang kebanyakkan sudah berkahwin dan mempunyai anak tetapi itu
tidak membuatkan saya tertekan untuk segera menamatkan zaman bujang. Buat masa
ini saya ingin beri perhatian kepada keluarga terlebih dahulu dan Insya-Allah
selepas semuanya stabil baharu saya akan berkahwin”
“Saya
ada tanggungjawab dan begitu juga dia (teman wanita). Soal jodoh kami pun tidak
berani cakap kerana itu semua kerja Tuhan,” jelasnya kepada mStar Online sambil menyatakan dia belum
puas mencurahkan bakti kepada ibu bapanya.
Tambah
Jep, dia cukup bersyukur dengan apa yang diperolehinya ketika ini dan
menyifatkan ketika ini merupakan waktu yang patut digunakan untuk membahagiakan
kedua ibu bapanya terlebih dahulu.
0 Response to "Jep Sepahtu Mahu Balas Jasa Ibu Bapa"
Catat Ulasan