Penyanyi dan juga pelakon Marsha berkata, berita
mengenai penyanyi Stacy yang telah memeluk Islam disambut baik. Menurut Marsha,
sebelum ini, Stacy sendiri pernah meminta pendapat darinya tentang hasratnya
(Stacy) untuk memeluk Islam.
“Stacy pernah bertanyakan pendapat dan
meminta pandangan dari saya mengenai hasratnya untuk memeluk agama Islam. Semua
itu berlaku sebelum dia memeluk Islam lagi,” kata Marsha.
Tambahnya lagi, dia berasa gembira apabila
akhirnya Stacy telah memilih jalan yang dia mahukan selama ini dan menganggap
itu adalah ketentuan takdir untuk Stacy.
“Saya gembira akhirnya dia telah menemui
jalan yang dia mahukan selama ini dan Stacy itu sudah saya anggap seperti adik
saya sendiri,” ujarnya.
Dalam pada itu, Marsha turut berkata
sekiranya suatu masa nanti dibuka pintu hatinya untuk memeluk Islam dia
juga akan merahsiakan perkara tersebut daripada umum kerana itu adalah bersifat
peribadi dan sensitif.
“Benda ini sangat personal mungkin akan
rahsiakan juga dan akan memberitahu apabila tiba masa yang sepatutnya,”
tambahnya.
0 Response to "SAYA PUN AKAN RAHSIAKAN JIKA MEMELUK ISLAM NANTI – MARSHA"
Catat Ulasan