Kami pun tidak faham apa yang cuba dilakukan
oleh Tasha Shilla apabila sekali lagi berani tampil dengan pakaian yang cukup
menjolok mata ketika menghadiri perasmian sebuah sebuah majalah fesyen dari
Perancis, di ibu kota malam tadi.
Melalui beberapa keping gambar yang dimuatnaik
di Instagram (sebelum dipadam semuanya), tindakan Tasha yang berani itu
sememangnya mendapat maklumbalas daripada ratusan peminatnya yang rata-ratanya
terkejut dengan perkara tersebut.
Malah ada juga yang memohon supaya pelakon ini
bertaubat dan tidak kurang juga yang mencemuhnya kerana berani berpakaian
sebegitu selain menasihatinya agar tidak melampaui batas sebagai seorang yang
beragama Islam.
Kami yakin Tasha berpegang teguh pada quote
yang pernah dinyatakannya sebelum ini – yang penting hati, bukannya pakaian
seseorang itu. Apa pun, Tasha juga pasti ada jawapannya sendiri atau menurut
Tasha lagi sebelum ini – biar tidak tutup aurat dikepala tapi masih menjaga
aurat hati lidah mulut.
0 Response to "Teguran Gadis Non Muslim Ini Kepada Tasha Shilla Buat Orang Islam MALU Dengan Sikap Tasha Shilla"
Catat Ulasan