Kuala Lumpur:
Mahkamah Rendah Syariah, di sini, mengesahkan lafaz cerai yang dibuat warga
Australia, Andrew John Browning pada 15 Mei 2009 terhadap pelakon dan penyampai
radio Sarimah Ibrahim sebagai sah mengikut syarak.
Hakim Syarie
Umamuddin Yunus juga mensabitkan gugur talak tiga pada lafaz ‘I divorce you’
(Saya ceraikan awak) yang diucapkan sebanyak tiga kali oleh Andrew atau nama
Islamnya, Amir Andrew Abdullah, 42, kepada Sarimah, 37, dan lafaz itu berbentuk
surih yang jelas.
Umamuddin membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan pasangan berkenaan kepada mahkamah berhubung perceraian mereka.
Terdahulu, dalam keterangannya, Sarimah berkata, Amir melafazkan cerai kepadanya di kondominiumnya di Mont Kiara pada jam 9 malam, 15 Mei 2009.
“Ia disaksikan tiga adik-beradik saya. Kami banyak berselisih faham dan tidak tinggal sebumbung sejak Januari 2009.
“Malah, kami juga menghadiri sesi kaunseling lebih enam kali, tetapi nampaknya sudah tiada jodoh,” katanya.
Sarimah diwakili peguam Marlina Amir Hamzah manakala Amir tidak diwakili peguam.
Sementara itu, ketika ditemui media selepas prosiding kes terbabit, Sarimah melahirkan kesyukuran kerana semuanya berakhir.
“Alhamdulillah, semua sudah selesai. Hidup perlu diteruskan,” katanya yang bakal melangsungkan pernikahan dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April ini selepas mengikat tali pertunangan, September lalu.

-Hmetro
0 Response to "Lagi Pelakon Gugur Talak 3"
Catat Ulasan