Hadir dengan jenama tudung sendiri baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose menyatakan bahawa dia bukannya menceburi bidang perniagaan hanya semata-mata di atas dasar trend dan mengikut peredaran masa.
“Menerusi
perniagaan hijab Uqasha Senrose yang diusahakan bersama keluarga, diharap
khalayak akan berhenti melihat saya sebagai artis kontroversi. Sebaliknya, mula
lihat sisi berbeza saya”
“Saya
berniaga bukan kerana ikut trend atau selepas melihat kejayaan artis lain. Cuma
peluang itu hanya tiba sekarang. Saya tidak nafikan, dalam perniagaan pasti ada
pesaing, tetapi saya percaya terhadap rezeki Allah,” jelasnya kepada Kosmo!.
Menurut
Uqasha, idea untuk hadir dengan jenama hijab sendiri tersebut bermula apabila
ramai peminat sering bertanyakan hijab yang sering digayakannya di laman sosial
Instagram dan akhirnya jenama tudung itu sendiri baru saja dilancarkan baru-baru
ini.
Menyentuh
soal cinta, Uqasha menyifatkan Iqram Dinzly yang kini sedang hangat digosipkan
bersamanya hanya sebagai abang selain menyatakan bahawa pelakon tersebut banyak
memberi tunjuk ajar dan sokongan terhadapnya.
0 Response to "Uqasha Senrose Nafi Jual Tudung Kerana Ikut Trend Semasa"
Catat Ulasan