Tapi Ahmad Maslan, Putera Al-Waleed Tak Derma RM120 Billion Itu Kepada Individu


Tanpa mengenal putus asa.. Ahmad Maslan terus cuba meyakinkan sambil memperbodohkan rakyat tentang isu derma RM2.6 Billion yang masuk ke akaun peribadi Najib itu.

Sambil menafikan satu laporan yang mengatakan beliau telah menamakan kononnya Putera Al-Waleed beliau mengatakan itu cuma satu contoh ada individu yang sanggup menderma hingga RM120 Billion..

Dan hanya untuk menyakinkan rakyat beliau tidak menyatakan kepada siapa sumbangan atau derma itu telah dibuat..


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan menafikan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disumbangkan ahli perniagaan Arab Saudi, Putera Al-Waleed Talal. 
Ahmad dalam catatan di akaun Twitternya menjelaskan, beliau disalah petik media, khasnya portal berita Free Malaysia Today (FMT) dan My Times, kerana beliau hanya menyebut nama Putera Arab Saudi itu sebagai contoh orang yang murah hati. 
“Saya hanya beri contoh Putera Saudi itu yg umumkan utk derma RM120b hartanya mulai 1/7/15. Saya tidak kata beliau yg beri derma kpd PM,” demikian tulisnya di akaun Twitternya, @ahmadmaslan. 
Tambahnya, sebab beliau menyebut nama Putera Arab Saudi itu, kerana persoalan dan kenyataan yang dibuat sesetengah pihak bahawa tiada orang yang “begitu kaya” sehingga sanggup menyumbang wang dalam jumlah yang besar. 
“Rupanya ada orang yang menyumbang sehingga RM120 bilion,” tulisnya. 
Semalam, FMT dan My Times melaporkan Ahmad membuat kenyataan yang mendakwa Putera Al-Waleed menyumbang RM2.6 bilion kepada Najib, pada Pilihan Raya Umum 2013. 
FMT bertindak menarik balik laporan itu, sejurus selepas Ahmad membuat penjelasan lapor The Rakyat Post

Memang ada orang yang derma sehingga RM120 Billion tu Ahmad Maslan, tapi dia tak derma kepada individu, dia derma kepada badan kebajikan bukannya pemimpin parti politik sesebuah ngara..

Dan sumbangan itu pun akan mengambil masa beberapa tahun dan akan diselia oleh lembaga pemegang amanah yang turut diketuai Putera Al-Waleed sendiri..

Baca ni..


PUTERA Alwaleed bin Talal dari Arab Saudi mengumumkan beliau akan menderma kesemua hartanya berjumlah USD32 billion (kira-kira RM120 bilion) kepada badan kebajikan. 
Hartawan berusia 60 tahun itu menyatakan beliau mendapat inspirasi daripada pengasas syarikat perisian terkemuka Microsoft iaitu Bill Gates. 
Wang itu akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikannya, Alwaleed Philanthropies, di mana beliau sebelum ini pernah menderma sebanyak USD3.5 bilion (kira-kira RM13 bilion). 
Menurut Putera Alwaleed, derma berkenaan akan digunakan bagi memupuk pemahaman budaya, selain membantu memperkasa kaum wanita dan menyediakan bantuan bagi bencana. 
Bill Gates memuji hasrat Putera Alwaleed itu dan menyifatkan ia sebagai satu inspirasi buat semua dermawan dan mereka yang bekerja di badan kebajikan di seluruh dunia. 
Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran kerajaan, Putera Alwaleed merupakan pengerusi firma pelaburan Kingdom Holding Company. 
Syarikat berkenaan memiliki saham di hotel Four Seasons, Fairmont and Raffles, serta News Corp, Citigroup, Twitter dan Apple. 
Apabila ditanya mengenai jumlah besar yang bakal diderma, Putera Alwaleed menegaskan ia datang daripada harta peribadinya sendiri dan bukannya daripada pemilikan di dalam Kingdom Holding. 
"Kedermawanan adalah tanggungjawab peribadi. Saya telah memulakannya lebih daripada tiga dekad lalu dan sememangnya intrinsik dalam agama Islam," katanya dalam satu kenyataan. 
Putera Alwaleed berharap derma itu akan membantu memupuk persefahaman budaya, membangun masyarakat, membantu memperkasakan kaum wanita, mendayakan belia, menyediakan bantuan bencana dan mendorong dunia supaya menjadi lebih bertolak ansur dan menerima. 
Sumbangan itu akan mengambil masa beberapa tahun dan akan diselia oleh lembaga pemegang amanah yang turut diketuai beliau ~ AstroAwani

Kalau bukan Putera Alwaleed tu.. siapa yang murah hati sangat hingga sanggup derma USD700 Juta atau RM2.6 Billion atau bersamaan dengan RM3.010 Billion hari ini itu Ahmad Maslan?

RM3.010 Billion tu sebab USD1 = RM4.3105 dah hari ini..


0 Response to "Tapi Ahmad Maslan, Putera Al-Waleed Tak Derma RM120 Billion Itu Kepada Individu"

Catat Ulasan