
KUALA LUMPUR: “Dia menyuruh saya melakonkan watak
dicabul sebelum dia benar-benar mencabul saya,” kata seorang gadis berusia 21
tahun yang membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul seorang pelakon
tambahan ketika menjalani sesi uji bakat dikendalikan lelaki itu.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di ibu kota kira-kira
jam 5 petang kelmarin dan mangsa yang meminta identitinya dirahsiakan mendakwa,
empat lagi gadis turut menjadi mangsa pelakon berusia 40-an itu.
Menurutnya, dia tertarik untuk menyertai sesi uji
bakat itu selepas terbaca iklan dibuat pelakon lelaki terbabit di dalam sosial
facebook (fb) untuk mencari pelakon wanita baru bagi memegang watak heroin dalam
satu filem yang bakal diusahakan.
Gadis itu berkata, selepas menghubungi pelakon
terbabit, dia diarahkan datang ke sesi uji bakat berkenaan di sebuah rumah di
ibu kota.
“Pelakon itu bagaimanapun mengarahkan saya supaya
hadir ke sesi uji bakat bersendirian dan tidak boleh ditemani sesiapa. Biarpun
agak pelik dengan arahan itu, tapi saya langsung tidak mengesyaki sesuatu yang
buruk,” katanya ketika dihubungi Harian
Metro.

0 Response to "Artis Wanita Diramas Semasa Melakonkan Adegan Ranjang"
Catat Ulasan